MA’RIFATUR
RASUL
Pendahuluan
Mengenal
Rasul adalah suatu kewajiban bagi setiap muslim untuk mengamalkan Islam secara
sempurna. Tanpa Rasul maka kita tidak
dapat melaksanakan Islam dengan baik.
Kehadiran Rasul memberikan panduan dan bimbingan kepada kita bagaimana
cara mengamalkan Islam. Dengan demikian
Rasul adalah penting bagi muslim sebagai metod atau tariqali untuk mendekatkan
diri kepada Allah SWT.
Mengenal
Rasul tidak sahaja dalam bentuk fisikal atau penampilannya tetapi segala aspek
syar’I berupa sunnah yang didedahkan Nabi kepada kita samada tingkah laku,
perkataan ataupun sikap. Pengenalan
kepada Rasul dapat dilihat melalui sirah nabi yang menggambarkan kehidupan Nabi
serta latar belakangnya seperti nasab.
Kemudian melalui sunnah dan dakwah Nabi pun dapat memberikan penjelasan
siapa Nabi sebenarnya.
Paket
Ma’rifatur Rasul ini membincangkan bagaimana mengenal Rasul, apa sahaja yang
perlu dikenal dari Rasul dan bagaimana pula kita mengamalkan Islam melalui
petunjuk Rasul. Yang penting dari paket
ini adalah kita mengetahui, memahami dan dapat mengamalkan Sunnah Nabi dan
menjalankan Ibadah dengan baik.
Dengan
mengenal Rasul diharapkan kita dapat mencintai Rasul dan mengikutinya, perkara
ini sebagai cara bagaimana kita taat dan mencintai Allah SWT. Oleh itu mengenal Rasul tidak sahaja dari
segi jasad, nasab dan latar belakangnya, tetapi bagaimana beliau beribadah dan
beramal soleh. Setengah masyarakat
mengetahui dan mengamalkan sunnah Nabi dari segi ibadah sahaja bahkan dari segi
penampilan sahaja. Sangat jarang muslim
yang mengambil contoh kehidupan Nabi secara keseluruhannya sebagai contoh,
misalnya peranan Nabi dari segi politik, pemimpin, peniaga dan juga Nabi
sebagai suami, ayah dan ahli di masyarakat.
Semua peranan Nabi ini perlu dicontoh dan diikuti sehingga kita dapat
mengamalkan Islam secara sempurna dan menyeluruh. Walaupun demikian, ummat Islam masih
menjadikan Nabi sebagai Rasul adalah dari segi lafazh atau kebiasaan ummat
Islam bersalawat ke atas Nabi.
Bagaimanapun ummat Islam yang sholat akan selalu bersalawat ke atas Nabi
dan selalu menyebutnya.
Pengenalan
kepada Rasul juga pengenalan kepada Allah dan Islam. Memahami Rasul secara komprehensif adalah
cara yang tepat dalam mengenal Islam yang juga komprehensif. Rasul dikenal sebagai pribadi teladan dan
ikutan yang unggul dan lelaki terpilih di antara manusia yang sangat layak
dijadikan model bagi setiap muslim.
Berarti Nabi adalah ikutan bagi setiap tingkah laku, perkataan dan sikap
yang disunnahkannya.
Mencintai
Nabi sebagai hasil dari mengenal Rasul tidak sahaja dalam menyebut namanya
setelah sholat, mengadakan acara barzanji, merayakan hari Maulid Nabi dan
bentuk acara-acara lainnya. Kemudian
mereka tidak mengamalkan sunnah ataupun tingkah laku asas yang dimilikinya
seperti sidiq, tabligh, amanah dan fatanah.
Keadaan demikian sangat merugi bagi setiap muslim. Atau sebahagian sangat taasub dengan pakaian
Nabi, sorban, songkok dan sebagainya, sebahagian lagi sekedar mengutip hadits
Nabu untuk ceramahnya tetapi tidak diamalkan, bahkan ada yang menolak beberapa
sunnah atau tingkah laku Nabi. Keadaan
demikian, berlaku di tengah masyarakat awam sebagai akibat dari tidak fahamnya
mereka kepada Rasul secara benar dan utuh.
Bagi
ummat Islam yang terlibat dengan dakwah Islam, ramai yang tidak merujuk kepada
metod atau minhaj Nabi dalam berdakwah sehingga tidak mendapatkan hasil yang
optima. Kegagalan dakwah senantiasa
dihadapi oleh para da’I, ketidak berkesanan dakwah dan kurang hasil atau bekas
dakwah sebagai bahagian penilaian dakwah.
Dengan mengenal Rasul, kita dapat menyimpulkan bahawa dakwah yang dibawa
oleh Rasul adalah dakwah yang berkesan dan sudah menghasilkan
perubahan-perubahan masyarakat ke arah yang positif. Bahkan Rasul telah membuktikan bahawa Islam
menyebar ke seluruh dunia dan Islam dipegang oleh berbagai suku atau bangsa di
dunia ini. Kemudian kegagalan pada saat
ini disebabkan karena tidak merujuk kembali bagaimana kejayaan dan kegemilangan
yang telah dicapai Nabi dulu.
Metod
Rabbani yang dibawa oleh Rasul perlu dipahami dan diamalkan dengan baik. Obyektif ini dicapai apabila kita mengenal
Rasul. Paket ini mencoba untuk
membentangkan apa sahaja keperluan kita mengenal Rasul, supaya kita mempunyai
motivasi dan sadar tentang keperluan kita memahami Rasul. Kemudian definisi Rasul, peranan Rasul,
sifat-sifat Rasul, tugas Rasul ciri-ciri risalah Muhammad, kewajiban kita
terhadap Rasul, dan akhirnya hasil yang kita dapati dengan mengikuti risalah
Rasul.
C-1. HAJATUL INSAN ILA RASUL
Objektif
1. Memahami bahawa fitrah
manusia memerlukan keyakinan tentang kewujudan Pencipta, beribadah kepadaNya
dan memiliki kehidupan yang teratur.
2. Memahami bahawa
petunjuk Rasul adalah satu-satunya jalan untuk mencapai Iman.
Sinopsis
Setiap manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan fitrah, dimana manusia
bersih, suci dan mempunyai kecenderungan yang baik dan ke arah positif iaitu ke
arah Islam. Fitrah manusia diantaranya
adalah mengakui kewujudan Allah sebagai pencipta, keinginan untuk beribadah dan
menghendaki kehidupan yang teratur.
Fitrah demikian perlu diaplikasikan ke dalam kehidupan sehari-hari
melalui petunjuk Al-Qur’an (Firman-firman dan panduan dari Allah SWT) dan
panduan sunnah (sabda Nabi dan perbuatannya).
Semua panduan ini memerlukan petunjuk dari Rasul khususnya dalam mengenal
pencipta dan sebagai panduan kehidupan manusia.
Dengan cara mengikuti panduan Rasul kita akan mendapati ibadah yang
sohih.
Hasyiah
1. Al Insan.
Sarahan :
·
Al
Insan (manusia) adalah ciptaan Allah SWT yang diberikan banyak kelebihan dan
keutamaan dibandingkan dengan makhluk Allah lainnya.
·
Di
antara kelebihan manusia adalah fitrah.
Agama Allah yang dijadikanNya kepada manusia sesuai dengan fitrahnya.
Dalil :
·
Q.30:30,
Manusia diciptakan sesuai dengan fitrahnya.
2. Fitrah.
Sarahan :
·
Fitrah
yang ada pada manusia dapat menilai baik buruk tingkah laku masyarakat ataupun
dirinya. Ini disebabkan karena fitrah
dimiliki oleh manusia semenjak ia lahir, samada dilahirkan oleh ibu bapa kafir
ataupun jahiliyah. Kecenderungan yang
baik senantiasa membawa manusia ke arah Islam seperti pengakuannya kepada Allah
sebagai pencipta (Rab). Perubahan fungsi
dan peranan fitrah ini terjadi karena pengaruh persekitaran termasuk pengaruh
ibu bapa ataupun lingkungan sosial. Yang
menjadikan manusia berubah dari fitrah kepada nasrani, yahudi dan majusi juga
disebabkan oleh pengaruh ibu bapanya.
·
Fitrah
dapat dijadikan sebagai saksi bagi segala perbuatannya. Fitrah manusia sudah dibekali oleh Allah SWT
dengan nilai-nilai semula jadi yang dapat menilai suatu tingkah laku. Beberapa fitrah manusia adalah keinginan
manusia untuk mengabdi kepada Kholiq, mengakui keberadaan Allah SWT sebagai
Kholiq dan keinginan manusia untuk hidup teratur.
Dalil :
·
Q.30:30,
Hadits : “Setiap anak dilahirkan atas fitrahnya, kemudian ibu bapanya yang
menjadikan anak yahudi, majusi dan nasrani”.
·
Q.75:14,
manusia menjadi saksi ke atas dirinya sendiri.
·
Q.27:14,
hati mereka meyakini walaupun mengingkari.
3. Wujudul Kholiq.
Sarahan :
Kewujudan pencipta merupakan
sesuatu yang tak dapat diingkari.
Manusia pada dasarnya mengakui perkara ini. Allah sebagai pencipta (Rab) di dalam
Al-Qur’an diakui oleh orang kafir sekalipun.
Perjanjian manusia ketika di dalam rahim ibunya juga menyatakan bahawa
“alastu birobbikum, qolu bala syahidna”.
Manusia menerima Allah sebagai Rab.
Begitupun ketika Qurays ditanya berkaitan dengan pencipta langit, bulan,
bintang dan sebagainya, maka dijawab Allah.
Hal ini menunjukkan bahawa Allah sebagai Rab diakui dan diiktiraf oleh
manusia tetapi tidak semuanya yang mengakui Allah sebagai Ilah.
Dalil :
·
Q.23:83-90,
apabila ditanya kepada orang kafir jahiliyah siapakah yang mempunyai bumi dan
orang yang diatasnya, siapakah yang mempunyai tujuh langit ? maka jawabannya
adalah Allah.
·
Q.7:172,
apakah aku Rab kamu, mereka berkata ya kami menyaksikannya.
4. Ibadatul Kholiq.
Sarahan :
Manusia secara umum mendapat arahan
dari Allah SWT untuk mengabdi kepadaNya.
Pengabdian kepada Allah adalah sebagai hasil dan akibat dari pengakuan
kita kepada Allah sebagai pencipta.
Mengakui Pencipta berarti mengakui apa yang disampaikanNya, menerima
arahanNya, menjalankan Undang-undangNya dan sebagainya. Usaha-usaha ini adalah bahagian dari bentuk
pengabdian kita kepada Allah SWT.
Dalil :
·
Q.2:21,
Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan orang-orang yang
sebelum kamu.
5. Hayatul Munadhomah.
Sarahan :
Petunjuk dari Allah adalah untuk
memandu manusia ke arah yang baik. Semua
arahan dan bimbingan dari Allah SWT adalah baik bagi manusia yang diciptakanNya
karena sesuai dengan fitrah manusia.
Allah sebagai pencipta tahu mengenai ciptaannya secara pasti sehingga
Allah dapat memberikan panduan yang juga tepat bagi manusia. Tanpa petunjuk berarti hidup manusia menjadi
tidak teratur dan tanpa arah tujuan, ia mengikuti hawa nafsunya sahaja yang
tidak jelas kemana pergi. Mereka akan
tersesat di jalan yang tidak benar.
Dalil :
·
Q.28:50,
mengikuti panduan Allah menjadi hidup teratur, manakala tidak mengikuti Allah
berarti mengikuti hawa nafsu dan menjadi sesat (tidak teratur hidupnya).
6. Hidayatur Rasul.
Sarahan :
Jika kita hendak mengikuti perintah
Allah maka kita mesti mengikuti perintah Rasul.
Apabila kita ingin mengasihi Allah maka kita perlu petunjuk Rasul. Kaedah ini adalah kaedah yang Rabbani dibawa
oleh Islam. Oleh karena itu syahadatain
pun terdiri dari pengakuan kepada dua iaitu Allah dan RasulNya. Mengikuti petunjuk Rasul berarti kita
mengikuti jalan agama Allah yang mempunyai langit dan apa-apa yang dibumi.
Dalil :
·
Q.3:31,
jika mencintai Allah maka ikuti Rasul.
·
Q.43:53,
mengembalikan semua urusan kepada Allah.
·
Q.36:1-2,
Al-Qur’an yang berhikmah.
7. Ma’rifatul Kholiq.
Sarahan :
Petunjuk Rasul digunakan untuk
mengenal Allah. Mengenal Allah juga
dapat dilakukan dengan cara memperhatikan dan memikirkan alam sebagai
penciptaanNya. Melihat gunung-gunung, hewan
dan sebagainya merupakan cara untuk mengenal Allah secara ayat Kauniyah.
Dalil :
·
Q.31:10,
Allah menciptakan langit, gunung, hewan dan sebagainya.
·
Q.43:53,
mengembalikan semua urusan kepada Allah.
·
Q.36:1-2,
Al-Qur’an yang berhikmah.
8. Minhajul Hayah.
Sarahan :
·
Petunjuk
Rasul juga digunakan untuk mengamalkan Islam yang benar dan yang diredhai oleh
Allah SWT. Rasul sebagai ikutan dan
teladan yang baik untuk diikuti dalam mengamalkan Islam secara benar.
·
Panduan
hidup melalui Islam mesti diamalkan mengikuti teladan kita kepada Rasul.
Dalil :
·
Q.33:21,
Rasul sebagai teladan yang baik.
·
Q.3:19,
Islam sebagai dien yang Allah redhai.
·
Q.3:85,
orang yang merugi apabila tidak mengamalkan Islam.
9. Ibadatul Shohih.
Sarahan :
Ibadah sohih adalah ibadah yang
menyembah Allah dengan panduan mengikuti Rasul.
Rasul sebagai penerima wahyu dari Allah perlu diikuti dan sebagai
keperluan bagi kita untuk menjadikannya sebagai model dan petunjuk dalam
menjalankan ibadah yang benar.
Rasul sebagai manusia yang mendapat lesen dari Allah SWT
untuk mengembangkan dan menyebarkan nilai-nilai Islam secara sah dan
tepat. Allah telah menyebutkan pada
banyak ayat yang menyatakan bahawa Rasul diberi wahyu dan diberi tugas untuk
menyampaikannya kepada manusia.
Dalil :
·
Q.21:25, Rasul diberi wahyu yang
menyebutkan bahawa tiada tuhan selain Allah oleh itu sembahlah Allah.
Ringkasan
Dalil :
·
Insan - fitrah (75:14, 27:14)
·
Kewujudan Pencipta (23:83-90)
·
Mengabdi pada sang
Pencipta (2:21)
·
Hidup yang teratur (28:50)
·
Petunjuk Rasul (36:1-2, 42:53, 3:31)
·
Mengenal Pencipta
yang Haq (31:10, 3:191)
·
Panduan hidup (3:19,85, 33:21)
·
Beribadah yang
benar (21:25)
C-2. TA’RIFUR
RASUL
Objektif
1. Memahami definisi
Rasul dan dapat menjelaskan fungsinya secara umum.
2. Mengenal tanda-tanda
kerasulan dan dapat menyebutkan contoh-contohnya secara tepat dan mengimaninya.
Sinopsis
Rasul adalah seorang lelaki yang terpilih dan yang diutus oleh Allah
dengan risalah kepada manusia. Definisi
rasul ini menggambarkan kepada kita bagaimana manusia sebagai Rasul yang
terbaik diantara manusia lainnya.
Sehingga apa yang dibawa, dibincangkan dan dilakukan adalah sesuatu yang
terpilih dan mulia dibandingkan dengan manusia lainnya. Rasul sebagai pembawa risalah yang Allah
berikan kepadanya dan juga Rasul sebagai contoh dan teladan bagi aplikasi Islam
di dalam kehidupan seharian. Untuk lebih
jelasnya bagaimana mengenal Rasul yang menjalankan peranan pembawa risalah dan
sebagai model, maka kita perlu mengenal apakah ciri-ciri dari Rasul
tersebut. Ciri-ciri Rasul adalah mempunyai
sifat-sifat yang asas, mempunyai mukjizat, sebagai pembawa berita gembira, ada
berita kenabian dan memiliki ciri kenabian, juga nampak hasil perbuatannya.
Hasyiah
1. Ar Rasul.
Sarahan :
·
Rasul
adalah lelaki yang dipilih dan diutus Allah dengan risalah Islam kepada
manusia. Rasul adalah manusia pilihan
yang kehidupannya semenjak kecil termasuk ibu bapanya sudah dipersiapkan untuk
menghasilkan ciri-ciri kerasulannya yang terpilih dan mulia. Mengenal rasul mesti mengetahui apakah
peranan dan fungsi rasul yang dibawanya.
Terdapat dua peranan rasul iaitu membawa risalah dan sebagai model.
·
Rasul
sebagai manusia biasa yang diberikan amanah untuk menyampaikan risalah kepada
manusia.
Dalil :
·
Q.18:110,
Rasul sebagai manusia biasa seperti kamu.
·
Q.6:9,
Rasul dalam bentuk Rajul bukan Malaikat.
·
Q.33:40,
Muhammad SAW sebagai Rasul Allah.
2. Hamilu Risalah.
Sarahan :
·
Rasul
membawa risalah kepada manusia, banyak disampaikan di dalam ayat
Al-Qur’an. Tugas menyampaikan wahyu dan
risalah ini adalah tugas dan amanah wajib bagi setiap Rasul. Apa sahaja yang Rasul terima dari Allah maka
disampaikan wahyu tadi kepada manusia.
·
Rasul
dan orang yang menyampaikan risalah Islam tidak akan takut dengan segala bentuk
ancaman karena ia yakin bahawa yang dibawa dan disampaikannya adalah milik
Allah yang memiliki alam semesta dan seisinya.
Dengan demikian apabila kita menyampaikan pesan sang pencipta maka
pencipta (Allah) akan melindungi dan menolongnya.
Dalil :
·
Q.5:67,
Rasul menyampaikan apa-apa yang diterimanya dari Allah.
·
Q.33:39,
orang yang menyampaikan risalah Allah, mereka tidak takut kepada siapapun
kecuali hanya kepada Allah sahaja.
3. Qudwatu fi Tatbiqu Risalah.
Sarahan :
Dalam menjalankan dan mengamalkan
Islam, tidak akan mungkin seorang manusia dapat memahami langsung apa-apa yang
ada di dalam Al-Qur’an kecuali apabila dapat petunjuk dan contoh dari
Nabi. Muhammad dan para rasul lainnya
mempunyai peranan dalam menjembatani pesan-pesan Allah agar dapat diaplikasikan
kepada manusia. Nabi Ibrahim AS sebagai
contoh dalam mengelakkan diri dari menyembah sembahan berhala. Walaupun demikian sebagai ummat Muhammad yang
wajib diikuti hanya kepada Nabi Muhammad sebagai penutup para nabi dan yang
sesuai dengan pendekatan bagi manusia sekarang.
Dalil :
·
Q.33:21,
Muhammad (Rasul) sebagai qudwah yang baik.
·
Q.60:4,
Ibrahim AS sebagai ikutan dalam melaksanakan Aqidah.
4. Alamtu Risalah.
Sarahan :
Agar memahami peranan Rasul lebih
mendalam maka kita perlu mengetahui apakah ciri-ciri Rasul sebenarnya. Rasul yang membawa peranan dan amanah yang
cukup berat dalam menjalankan tugasnya mempunyai beberapa keistimewaan yang
dijelaskan dalam ciri-ciri Rasul itu sendiri, sifat asa, mukjizat, basyirat,
nubuwah dan tsamarat.
5. Sifatul Asasiyah.
Sarahan :
Sifat asas Rasul adalah akhlak
mulia yang terdiri dari sidiq, tabligh, amanah dan fatanah. Sifat asas dan utama ini mesti dipunyai oleh
setiap rasul dan orang yang beriman.
Tanpa sifat ini maka seorang mukmin kurang mengikuti Islam yang
sebenarnya bahkan dapat menggugurkan keislamannya. Misalnya sifat dasar sidiq, Rasulullah
menekankan bahawa kejujuran sebagai akhlak yang utama, tanpa shidiq maka akan
gugur keislamannya. Dengan kejujuran
yang dimiliki walaupun ia berbuat dosa seperti merogol atau mencuri, masih
dapat dimaafkan apabila ia masih mempunyai sifat shidiq. Dengan sifat asas ini maka manusia dijamin
hidupnya di dunia dan di akhirat akan bahagia.
Sifat asas juga bersifat universal ini sangat strategik bagi setiap mukmin
dalam menjalankan Islam dan memelihara dirinya dari segala cabaran.
Dalil :
·
Q.68:4,
Rasul mempunyai akhlak yang mulia.
6. Mukjizat.
Sarahan :
·
Banyak
mukjizat yang dibawa oleh para Rasul.
Setiap Rasul membawa mukjizat yang diberi Allah berbeda-beda seperti
nabi Ibrahim yang tidak terbakar, nabi Musa yang membelah lautan, nabi Sulaiman
dapat bercakap dengan segala makhluk, nabi Daud yang mempunyai kekuasaan dan
lainnya. Nabi Muhammad sendiri banyak
mukjizat yang Allah SWT berikan misalnya membelah bulan ketika dicabar oleh
orang kafir, Al-Qur’an makluman awal terhadap segala peristiwa yang berlaku dan
sebagainya.
·
Dengan
mukjizat ini maka manusia semakin yakin dengan apa yang diberikan oleh para
Rasul kepada manusia.
Dalil :
·
Q.54:1,
Rasul membelah bulan.
·
Q.15:9,
Al-Qur’an yang dipelihara oleh Allah.
7. Al Mubasyarat.
Sarahan :
Ciri kerasulan adalah sudah
dimaklumkan oleh manusia-manusia sebelumnya mengenai kedatangannya. Nabi Muhammad SAW sudah dimaklumkan ketika
zaman Nabi Isa AS, bahawa akan datang seorang Rasul yang bernama Ahmad (terpuji).
Dalil :
·
Q.61:6,
berita gembira yang memaklumkan kedatangan nabi Muhammad SAW.
8. An Nubuwah.
Sarahan :
Ciri-ciri rasul lainnya adalah
adanya berita kenabian seperti membawa perintah dari Allah untuk manusia
keseluruhan seperti perintah haji (pada zaman Nabi Ibrahim) dan
perintah-perintah Allah di dalam Al-Qur’an (pada zaman Nabi Muhammad).
Dalil :
·
Q.22:26-27,
Nabi Ibrahim disuruh oleh Allah untuk memberitahukan kepada manusia agar
berhaji.
·
Q.6:19,
Al-Qur’an adalah wahyu kepada rasul dan sebagai berita kenabiannya.
·
Q.25:30,
Rasul mengajak ummatnya kepada Al-Qur’an tetapi mereka meninggalkannya.
9. Attsamarat.
Sarahan :
·
Kader Nabi iaitu para sahabat adalah bukti nyata yang menjadikan
perubahan-perubahan di jazirah Arab dan seluruh dunia.
Dalil :
·
Q.48:29,
hasil tarbiyah dan dakwah Rasul adalah kader-kader yang tangguh.
Ringkasan
Dalil :
·
Rasul adalah lelaki
yang dipilih dan diutus Allah dengan risalah Islam kepada manusia (5:67,
33:39)
·
Teladan dalam
melaksanakan risalah (33:21, 56, 60:4)
·
Tanda-tanda
kerasulan :
·
Sifat (68:4)
·
Mukjizat (54:1,
15:9)
·
Berita
kedatangan (61:6)
·
Berita
kenabian (25:30,
22:26-27)
·
Hasil-hasil
perbuatan (48:29)
C-3. MAKANATUR RASUL
Objektif
1. Memahami kedudukan
Rasulullah SAW sebagai hamba Allah dan Rasul pembawa risalah terakhir.
2. Termotivasi untuk
membaca dan mengkaji sunnah atau hadits Nabi serta mempelajari perjalanan hidup
dan dakwah Nabi.
3. Menyadari bahawa
memahami fiqhus sirah dan fiqhud dakwah adalah kewajiban setiap muslim.
Sinopsis
Muhammad
Rasulullah SAW adalah sebagai hamba di antara hamba-hamba Allah lainnya. Sebagai hamba maka Rasul mempunyai ciri yang
juga sama dengan manusia lainnya seperti beliau sebagai manusia, mempunyai
nasab dan jasadnya. Sebagai hamba ini
menunjukkan bahawa Nabi adalah manusia biasa yang Allah berikan kemuliaan
berupa wahyu dari Allah. Untuk
mengetahui Nabi sebagai hamba dapat kita ketahui secara pasti dari perjalanan
sirah Nabi, khususnya di dalam fiqh sirah.
Selain itu Nabi Muhammad SAW juga sebagai rasul diantara para
rasul. Sebagai rasul, Nabi bersifat
menyampaikan risalah, menjalankan amanah dari Allah, dan sebagai pemimpin
ummat. Perjalanan Nabi sebagai Rasul
dalam menyampaikan dakwah dan misi dapat dilihat dari dakwah-dakwah Nabi
seperti di dalam fiqh dakwah. Selain itu
Nabi Muhammad SAW juga membawa sunnah yang dijadikan sebagai fiqhul Ahkam. Kedudukan Rasul dapat digambarkan di dalam
sirah nabi, sunnahnya dan dakwahnya sehingga dari kedudukan ini banyak yang
kita ambil sebagai fiqh sirah, fiqh ahkam dan fiqh dakwah.
Hasyiah
1. Abid min Ibadillah.
Sarahan :
·
Rasul
Muhammad SAW adalah sebagai hamba dan manusia biasa yang juga makan, minum,
pergi ke pasar, beristeri, berniaga dan segala aktiviti manusia dikerjakan dan
ditunaikan dengan baik. Rasul
melaksanakan keperluan dan keperluan sebagaimana manusia lainnya melaksanakan
keperluannya. Dari keadaan ini dapat
disimpulkan bahawa Rasul sebagai manusia dan kitapun sebagai manusia sehingga
apa yang dikerjakan oleh Nabi juga dapat dilaksanakan oleh kita secara baik. Tidak ada alasan untuk tidak mengerjakan
perintah Rasul karena Allah telah mengutus Rasul dari kalangan manusia juga.
·
Yang
membedakan rasul dengan manusia yang lain ialah Rasul mendapat wahyu iaitu
menyuruh kita mengilahkan Allah sahaja.
Dalil :
·
Q.18:110,
Rasul adalah manusia biasa seumpamamu.
·
Q.17:1,
Rasul disebut oleh Allah sebagai hambanya.
1.2. Insan.
Sarahan :
·
Rasul
sebagai manusia digambarkan makan, ke pasar dan sebagainya. Perilaku ini menggambarkan suatu aktiviti
sehari-hari manusia. Apabila Rasul
sebagai manusia maka dakwah mudah dilaksanakan dan mudah diterima, tidak ada
alasan bagi manusia untuk menolaknya.
Apabila malaikat sebagai Nabi maka banyak alasan untuk tidak
melaksanakan perintah Allah. Kaum Yahudi
senantiasa menyoal kehadiran Rasul yang berasal dari manusia. Sebetulnya mereka mengada-adakan soalan yang
didasari kekufurannya kepada Allah.
·
Rasul
sebagai manusia juga dijelaskan dengan peranan Rasul sebagai suami dan bapa
dari anak-anaknya. Dengan peranan ini
menjadikan manusia lebih sempurna dan dapat mengikutinya dengan baik setiap amalan
dan arahannya.
Dalil :
·
Q.25:7,
Rasul sebagai manusia yang juga makan, berjalan ke pasar.
·
Q.13:38,
Rasul mempunyai isteri, anak.
1.2. Nasab.
Sarahan :
Rasul berasal dari kaum
Qurasy. Bapanya yang bernama Abdullah
dan ibunya bernama Aminah. Beliau mempunyai
keluarga dan keturunan yang jelas.
Begitupun tentang sejarah kelahiran dan asal usulnya. Sejarah yang menjelaskan bagaimana nabi
dibesarkan sehingga menjadi Rasul juga banyak terdapat di berbagai buku sirah
Nabi.
Dalil :
·
Hadits
dan Sirah Nabi.
1.3. Jism.
Sarahan :
Jism nabi Muhammad SAW
digambarkan banyak oleh hadits seperti rambutnya yang rapi dan selalu disikat
kemas, badannya yang kuat, tingginya sederhana dan sebagainya. Dari gambaran jasad ini Nabi adalah manusia
yang juga sebagai manusia biasa lainnya.
Dalil :
·
Hadits
dan Sirah Nabi.
1.4. Sirah Nabawiyah.
Sarahan :
Penggambaran Nabi sebagai hamba
Allah terdapat di dalam sirah nabawiyah.
Penggambaran ini dijadikan sebagai pengajaran, menerangkan sesuatu dan
juga dapat sebagai petunjuk bagi kita yang membacanya. Dari sirah nabawiyah dapat disimpulkan bahawa
Nabi sebagai hamba Allah dan menjalankan aktiviti-aktivitinya sebagai manusia
biasa.
Dalil :
·
Q.12:111,
Kisah di dalam sirah dijadikan sebagai pelajaran.
2. Rasul minal Mursalin.
Sarahan :
Muhammad SAW selain sebagai hamba
biasa juga sebagai Rasul yang mempunyai keutamaan dan ciri-ciri kerasulan. Muhammad seperti Rasul lainnya juga mempunyai
mukjizat dan tugas-tugas mulia. Walau
bagaimanapun Rasul juga seperti manusia yang akan meninggal pada saatnya.
Dalil :
·
Q.3:144,
Muhammad itu sebagai Rasul yang sesungguhnya telah terdahulu beberapa Rasul
sebelumnya.
2.1. Tabligh Risalah.
Sarahan :
Peranan Rasul yang utama adalah
menyampaikan risalah Tuhan karena inilai yang membedakannya dengan manusia
biasa. Rasul membawa manusia untuk
mengabdi kepada Ilah yang satu iaitu Allah SWT.
Menyampaikan misi Islam dan memberikan contoh adalah aktiviti utama para
Rasul.
Dalil :
·
Q.72:28,
Rasul-rasul itu telah menyampaikan risalat Tuhannya.
·
Q.33:39,
Rasul yang menyampaikan risalah Agama Allah.
2.2. Adaul Amanah.
Sarahan :
Rasul telah menunaikan amanahnya
sebagai rasul iaitu menyampaikan risalah kepada manusia. Menunaikan amanah dan tugas menyampaikan misi
ini merupakan peranan Rasul. Bukti bahawa
Rasul telah menunaikan amanah ini adalah pengikut-pengikutnya yang setia dan
menyebarkan dakwah kepada manusia.
Dalil :
·
Q.72:28,
Rasul telah menyampaikan risalat Tuhannya.
·
Q.5:67,
Rasul diperintahkan untuk menyampaikan apa-apa yang diterimanya dari Allah.
2.3. Imamatul Ummat.
Sarahan :
Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul
juga sebagai Imam yang bertanggung jawab ke atas ummatnya. Pada hari kiamat Nabi berperanan sebagai
Ummat. Hal ini menunjukkan bahawa Nabi
juga bertanggung jawab terhadap apa-apa yang sudah disampaikan kepada
ummatnya. Ketika di hari penghitungan di
hari kiamat Nabi mempertanggung-jawabkan ummatnya.
Dalil :
·
Q.4:41,
Nabi Muhammad sebagai saksi bagi ummatnya.
·
Q.17:71,
setiap manusia dengan imamnya di hari kiamat.
2.4. Dakwah Nabawiyah.
Sarahan :
Al-Qur’an dan juga Sirah banyak
menjelaskan dakwah nabi. Dari kedua ini
muncul fiqh dakwah yang berseuai dengan realiti, tuntutan, keadaan dan respons
tempatan. Misalnya Allah menceritakan
perjalanan hijrah Nabi bersama Abu Bakar yang berada di gua Tsur, didapati
banyak ular dan berbagai hewan yang berbahaya, kemudian nabi berkata janganlah
takut sesungguhnya Allah bersama kami.
Ayat yang menggambarkan dakwah ini menjadi fiqh dakwah bagi para da’I
saat ini khususnya memotivasikan kita agar senantiasa berdakwah walaupun
menghadapi banyak cabaran dan rintangan.
Dalil :
·
Q.9:40,
Rasul menasehati Abu Bakar, janganlah berduka cita sesungguhnya Allah bersama
kami.
3. Sunnah.
Sarahan :
Dari segi bahasa Sunnah berarti
jalan. Maksud Sunnah Nabi adalah segala
sesuatu yang disebutkan, diakurkan dan diamalkan. Sunnah Nabi bernilai syar’I dan perlu untuk
mengikutinya. Sunnah yang demikian
dijadikan sebagai teladan dan ikutan.
Sesuatu di luar itu boleh dilaksanakan boleh juga tidak, ia merupakan
sesuatu yang tidak wajib seperti Nabi biasa menunggang unta, memakai pakaian
budaya Arab, perang dengan pedang dan sebagainya. Perkara ini adalah wasailul hayah yang boleh
berubah dan tidak mesti mengikutinya.
Yang perlu diikuti dan bernilai sunnah adalah yang bersifat minhajul
hayah. Sunnah ini dijadikan sebagai fiqh
ahkam untuk rujukan beramal atau mengambil keputusan.
Dalil :
·
Hadits
dan Sirah Nabi.
3.1. Fiqhul Ahkam.
Sarahan :
Bagi muslim dalam menjalankan
hidup dan dakwah tentunya menghadapi banyak cabaran selain dari bagaimana mesti
menjalani hidup ini dengan sempurna.
Peranan hukum atau aturan sebagai panduan membawa kita ke arah yang
sempurna sangatlah diperlukan. Rasul
dijadikan sebagai tempat ketaatan dan ikutan, dan juga sebagai rujukan
hukum. Fiqh ahkam yang digunakan sebagai
dalil juga memerlukan pandangan sunnah.
Dalil :
·
Q.4:64,
65, Rasul sebagai rujukan hukum dalam mengurus perselisihan.
Ringkasan
Dalil :
·
Hamba diantara
hamba-hamba Allah (18:110, 17:1).
·
Seorang Rasul
diantara para rasul (26:3, 3:144).
·
Keadaannya sebagai
manusia (25:7, 13:38), nasabnya (hadits) dan jasadnya (hadits).
·
Penyampai misi (72:28).
·
Penuai amanah (5:3,
33:39, 5:67).
·
Pemimpin ummat (4:41,
17:71).
·
Sirah/perjalanan
hidup nabi – fiqhus sirah (12:112).
C-4. SIFATUR
RASUL
Objektif
1. Memahami sifat-sifat
dasar yang mesti dimiliki setiap Rasul dan dapat menunjukkan contoh setiap
sifat tersebut pada pribadi Nabi SAW.
2. Memahami keagungan
akhlak Nabi Muhammad SAW sebagai pribadi qur’ani dan hasil tarbiyah rabbaniyah.
3. Menyadari bahawa Nabi
SAW adalah uswatun hasanah bagi ummatnya.
Sinopsis
Mengenal Rasul perlu mengenal sifat-sifatnya. Bahagian tingkah laku, personaliti, dan
penampilan diwarnai oleh sifat seseorang.
Begitupun Nabi Muhammad SAW dapat digambarkan melalui sifat-sifatnya. Mengetahui sifat-sifat ini diharapkan kita
menyadari siapa sebenarnya Rasul dan kemudian kita dapat mengikutinya. Sifat Nabi seperti manusia biasa yang
sempurna dapat diikuti oleh kita, karena tingkah laku atau perbuatannya
seperti yang dilaksanakan manusia maka
kitapun mesti dapat mengikutinya.
Kemudian kita semakin percaya kepada apa-apa yang dibicarakan atau
disampaikan Rasul adalah yang benar karena sifat beliau yang ‘ismah
(terpelihara dari kesalahan), selain itu beliau adalah orang yang cerdas berarti
apa yang dibawanya adalah hasil dari pada pemikiran dan analisa yang mendalam,
tepat dan baik. Sifat amanah adalah juga
sifat asas yang setiap manusia mesti menyenangi berkawan dengan mereka yang
amanah, kita sebagai muslim perlu mengikuti sifat ini dengan sempurna begitupun
dengan sifat lainnya seperti tabligh dan iltizam. Sifat-sifat ini menggambarkan akhlak mulia
yang diwarnai oleh akhlak Al-Qur’an dan sangatlah sesuai dijadikan sebagai
contoh yang baik bagi kita.
Hasyiah
1. Basyariyah (manusia).
Sarahan :
Rasul sebagai manusia biasa
seperti kita semua. Perbedaannya adalah
Allah memberikan wahyu untuk disampaikan kepada orang lain. Kenapa Allah SWT perlu menegaskan bahawa
Rasul itu manusia biasa. Dengan
penegasan ini maka dapat disimpulkan bahawa Rasul dari golongan kita juga, dari
manusia yang seperti kita juga misalnya makan, minum, tidur, beristeri,
bekerja, belajar, penat, dan sifat-sifat kemanusiaan lainnya. Perbedaannya hanyalah terletak kepada amanah
yang Allah berikan kepada Rasul iaitu wahyu.
Meyakini betul bahawa Rasul seperti kita maka tidak ada alasan bagi kita
untuk menolak perintah Rasul, tidak ada alasan tidak mampu, tidak boleh dan
sebagainya. Juga tidak boleh beri alasan
anak, isteri, sibuk bekerja dan sebagainya karena Rasul juga mempunyai tanggung
jawab demikian juga terhadap anak, isteri dan sebagainya.
Dalil :
·
Q.14:11,
Rasul sebagai manusia biasa.
2. ‘Ismah (terpelihara dari kesalahan).
Sarahan :
Manusia biasa yang tidak
mendapatkan wahyu mungkin melakukan kesilapan dan kesalahan. Tetapi bagi para Rasul yang diberi amanah
untuk menyampaikan dakwah mesti terpelihara dari kesalahan karena yang
disampaikan adalah sesuatu yang berasal dari Allah SWT. Allah SWT perlu memelihara aturan dan
firmanNya dari kesalahan. Dengan sifat Rasul
demikian iaitu dijaga oleh Allah SWT maka apa yang dikeluarkan Nabi adalah
benar dan kita perlu meyakininya.
Dalil :
·
Q.5:67,
Allah memelihara Rasul dari kejahatan manusia.
·
Q.66:1,
Allah pengampun lagi penyayang.
3. Sidq (benar).
Sarahan :
Rasul-rasul dan Muhammad SAW
mempunyai sifat sidiq yang membawa kebenaran.
Orang yang membawa kebenaran tentunya ia sendiri bersifat sidiq sehingga
apa yang disampaikan dapat diterima. Oleh
itu, dengan sifat ini ramai masyarakat jahiliyah menerima Islam. Sifat sidq berarti mengikuti Islam sebagai
sumber kebenaran. Tidak mengikuti Islam
berarti mengikuti hawa nafsunya sehingga menjauhkan diri dari kebenaran.
Dalil :
·
Q.39:33,
Muhammad SAW membawa kebenaran.
·
Q.53:3-4,
Tiadalah ia berbicara menurut hawa nafsunya.
4. Fatanah (cerdas).
Sarahan :
Kecerdasan Rasulullah dapat
dilihat bagaimana Rasul menyusun dakwah dan strategi-strategi seperti
berperang, berdakwah ke tempat lain dan sebagainya. Diantara kecerdasan Rasul adalah mempunyai
pandangan bahawa Islam akan menaklukkan Mekah dan menaklukkan Khaibar. Rasul menggambarkan pada saat tersebut ummat
Islam masuk ke Masjidul Haram dengan aman sentosa, serta bercukur dan
menggunting rambut kepala tanpa sedikitpun.
Kecerdasan Rasul dalam memperkirakan kekuatan Ummat Islam dan kelemahan
pihak lawan juga dibuktikan di dalam peperangan lainnya.
Dalil :
·
Hadits.
·
Q.48:27,
pandangan Nabi terhadap kemenangan Islam.
5. Amanah.
Sarahan :
Sifat lainnya adalah Amanah. Amanah secara umum berarti bertanggung jawab
terhadap apa yang dibawanya, menepati janji, melaksanakan perintah, menunaikan
keadilan, memberikan hukum yang sesuai dan dapat menjalankan sesuatu yang
disepakatinya. Sifat demikian dimiliki
oleh para Rasul dan kita mesti mengikutinya.
Sifat ini sangatlah diperlukan di dalam kehidupan kita tidak hanya dalam
segi ibadah khusus tetapi secara umum seperti bekerja, belajar dan berhubungan
dengan orang lain. Bos di tempat kita
bekerja akan menyenangi kita yang mempunyai sifat amanah ini bahkan dengan
sifat ini kita akan berjaya dan berprestasi.
Dalil :
·
Q.4:58,
Allah menyuruhmu supaya menunaikan amanah.
6. Tabligh (menyampaikan).
Sarahan :
Salah satu rahasia kenapa Islam
tersebar dengan cepat ke seluruh pelosok tempat dan bagaimana pula dengan
cepatnya perubahan-perubahan di tengah masyarakat. Kenapa jumlah bilangan pengikut Islam semakin
hari semakin ramai dan semakin banyak yang menyokong nya. Jawabannya adalah sifat tabligh dimiliki oleh
Rasul dan pengikutnya. Setiap muslim
merasakan bahawa dakwah atau menyampaikan Islam sebagai suatu kewajiban yang
perlu dilaksanakan dimana sahaja dan bila masa sahaja. Artinya dalam keadaan bagaimanapun, ummat
Islam senantiasa menyampaikan risalah ini kepada siapa sahaja yang menerimanya.
Dalil :
·
Q.5:67,
Sampaikanlah apa yang diturunkan kepadanya.
7. Iltizam (komitmen).
Sarahan :
Rasulullah SAW beserta Rasulnya
sangatlah dikenal dengan komitmennya dengan Islam dan apa yang dibawanya. Beliau tahan dan tidak merasa takut
sedikitpun menghadapi cabaran dan tantangan dari pihak jahiliyah. Rasul selalu komitmen dan dapat menghadapi
cabaran dengan baik. Sifat iltizam ini
perlu dipupuk pada diri kita karena dengan sifat inilah, nilai-nilai Islam pada
diri kita menjadi terpelihara dengan baik.
Tanpa iltizam maka godaan syaitan dan gangguan kafir menjadi terasa pada
kita dan perubahan berlaku bahkan menjadi futur dan sesat. Naudzubillah.
Kemenangan bersama-sama dengan sifat iltizam ini.
Dalil :
·
Q.17:74,
kalau sekiranya tiadalah kami tetapkan komitmen engkau, sesungguhnya hampir
engkau condong sedikit kepada mereka itu.
·
Q.68:1-8,
menggambarkan bagaimana Muhammad SAW disebut gila karena ia tetap komitmen
dengan Islam, tahan dari cabaran kesesatan dan tidak mengikuti orang yang
mendustakan agama Allah.
8. Khuluqin Azim (akhlak yang mulia).
Sarahan :
Sifat-sifat yang dimiliki oleh
para rasul menggambarkan akhlak yang mulia.
Akhlak mulia berarti akhlak yang tinggi kemudian untuk mencapainya perlu
proses dan latihan. Tidak semua manusia
boleh mencapai akhlak ini kecuali mereka yang mengikuti tarbiyah islamiyah. Akhlak mulia yang dimiliki seseorang maka
akan disenangi oleh masyarakat disekitarnya, mereka menerima dan menyambut
individu yang berakhlak mulia. Sunnah
dakwah melihatkan bahawa kebencian pihak Jahiliyah karena aqidah yang dibawa
ummat Islam bukan karena akhlaknya.
Mereka menerima akhlak Islam karena tidak merugikannya bahkan
menguntungkannya.
Dalil :
·
Q.68:4,
Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia.
9. Akhlak Qur’an.
Sarahan :
Akhlak mulia adalah juga akhlak
Al-Qur’an. Berarti akhlak Rasul adalah
amalan dan tingkah laku yang sesuai dengan Al-Qur’an atau yang diarahkan oleh
Al-Qur’an. Jadi untuk mendapati akhlak
mulia seperti yang dimiliki Rasul maka mesti mengamalkan Al-Qur’an dalam kehidupan
sehari-harinya. Al-Qur’an berjalan
adalah akhlak Rasul.
Dalil :
·
Hadits,
bertanya kepada Aisyah RA, “Bagaimanakah akhlak Rasulullah ? Jawabannya adalah khuluquhu Al-Qur’an”.
10. Uswatun Hasanah (teladan yang baik).
Sarahan :
Pada diri Rasul Muhammad SAW
terdapat contoh yang baik iaitu akhlak yang mulia yang digambarkan oleh Allah
SWT. Sebagai contoh yang nyata bagaimana
menjadi muslim yang berakhlak mulia dan bagaimana Al-Qur’an tertanam dalam diri
kita maka ikutilah Nabi Muhammad SAW.
Mereka yang mengikuti nabi ini adalah mereka yang mengharapkan rahmat
Allah dan hari yang kemudian, serta ia banyak mengingat Allah.
Dalil :
·
Q.33:21,
Sesungguhnya pada Rasul Allah (Muhammad) ada ikutan yang baik bagimu.
Ringkasan
Dalil :
·
Sifat-sifat Rasul :
·
Manusia
sempurna (14:11, 25:8).
·
Terpelihara
dari kesalahan (5:67, 80:1, 66:1).
·
Benar (39:33, 53:3-4).
·
Cerdas (Hadits, 48:27).
·
Amanah (4:58, 69:44-46).
·
Menyampaikan (5:67, 81:24, 80:1-2).
·
Komitmen
yang sempurna (17:73,
68:6).
·
Akhlak
yang agung (68:4), iaitu akhlak Qur’an –
Hadits.
·
Sebagai
suri teladan (33:21).
C-5. WADHIFATUR
RASUL
Objektif
1. Memahami tugas
Rasulullah sebagai pembawa risalah dakwah dan penegak dienullah.
2. Dapat menyebutkan
bentuk-bentuk keteladanan Rasulullah dalam melaksanakan misinya.
3. Termotivasi untuk
meneruskan jejak risalah dalam menegakkan dienullah.
Sinopsis
Tugas Rasul dapat dibagi kepada dua iaitu menyampaikan risalah dan
menegakkan dienullah. Kedua tugas ini
adalah intisari dari perintah Allah SWT dan amalan dakwah Nabi Muhammad
SAW. Risalatud dakwah yang dibawa oleh
Nabi adalah memperkenalkan masyarakat Jahiliyah kepada penciptanya, perkara ini
tidaklah begitu sukar karena setiap manusia mempunyai fitrah untuk menerima
kholiq. Setelah itu menjadikan mereka
sebagai muslim. Sebagai muslim, perlu
untuk mengetahui bagaimana cara beribadah dan mengikuti Islam. Tugas Rasul diantaranya adalah menjelaskan
cara pengabdian kepada Allah, menjelaskan Islam sebagai panduan hidup. Usaha menyampaikan risalah secara berkesan
dengan melaksanakan tarbiyah Islamiyah iaitu dengan menekankan kepada arahan
dan nasihat.
Tugas kedua adalah menegakkan dienullah.
Tugas ini tidak semua muslim memahaminya atau tidak mengetahui bagaimana
untuk merealisasikannya. Rasul sebagai
pembawa risalah adalah suatu pengetahuan umum bagi kita tetapi tidak demikian
dengan peranan untuk menegakkan agama Allah.
Beberapa aktiviti untuk menegakkan dien Allah ini adalah menegakkan
khilafah, membangun rijal, minhajud dakwah dan merealisasikan risalah.
Hasyiah
1. Wazifatur Rasul (tugas Rasul).
Sarahan :
Allah SWT memerintahkan Rasul
untuk menyampaikan wahyu dan sebagai hasil dari penyebaran wahyu ini adalah
terbentuknya dienullah. Oleh karena itu
tugas utama menyampaikan dakwah ini juga perlu diiringi dengan menegakkan dien
Allah. Kedua tugas ini saling berkaitan
oleh sebab itu, kita perlu memahaminya secara mendalam agar dapat menjalankan
dakwah dengan baik. Menyampaikan risalah
adalah pekerjaan Nabi yang utama dan kitapun sudah mengikuti tugas ini sebagai
kewajiban dari seorang muslim. Namun
demikian, tidak ramai muslim mengetahui dan bagaimana menyusun dakwah hingga
tegaknya dien Allah.
Dalil :
·
Q.5:67,
Rasul diperintahkan untuk menyampaikan dakwah.
·
Q.42:13-15,
Allah memberikan wasiat kepada para Rasul untuk menegakkan dien.
2. Risalatud Dakwah (menyampaikan dakwah).
Sarahan :
Tugas Rasul yang diperintahkan
langsung oleh Allah SWT dan merupakan ciri-ciri dari kerasulan adalah
menyampaikan dakwah kepada manusia.
Dalam menyampaikan dakwah, Allah SWT di dalam firmannya banyak yang
menggugah hati manusia dengan mengingatkan mereka kepada ciptaan Allah yang
maha agung, samada memperlihatkan alam semesta, hewan ataupun
tumbuh-tumbuhan. Setelah itu bagaimana
cara beribadah. Usaha perubahan ini
dilakukan oleh Rasul secara berkesan melalui tarbiyah Islamiyah.
Dalil :
·
Q.5:67,
Rasul diperintahkan untuk menyampaikan dakwah.
·
Q.33:39,
Nabi menyampaikan risalah agama Allah.
2.1. Makrifatul Kholiq (mengenal pencipta).
Sarahan :
·
Mengenal
Allah adalah suatu yang mudah bagi fitrah manusia. Mengenal Kholiq melalui mahluk iaitu alam
semesta dan manusia, seperti kejadian alam, proses pembentukan manusia,
pergantian …
·
Mengikut
kepada firmanNya bahawa setiap mukmin akan diberi kedudukan sebagai khalifah
dimuka bumi ke atas mahluk lainnya.
Namun demikian dari segi kenyataan tidak semuanya orang Islam
mendapatkan kedudukan khalifah. Mereka
yang mendapatkan peranan khalifah adalah mereka yang berusaha untuk berdakwah
dan menegakkan dien Allah sahaja.
Dalil :
·
Q.24:55,
Allah akan mengangkat kamu menjadi khalifah sebagaimana orang sebelum kamu,
Allah akan menetapkan agama Islam yang diredhainya untuk mereka, dan akan
mengganti ketakutan mereka dengan keamanan.
·
Q.48:27,
pandangan Nabi yang dibenarkan Allah dalam meramalkan kemenangan Islam.
2.2. Binau Rijal
(membangun Rijal).
Sarahan :
Menegakkan dien tidak mungkin
dikerjakan sendirian sahaja. Usaha ini
perlu dilakukan secara berjamaah. Mereka
yang bersamapun perlu memiliki kekuatan, kefahaman yang jelas, aqidah yang
bersih dan memegang minhaj yang betul.
Kebersamaan dari kader-kader diperolehi melalui pembangunan rijal. Tarbiyah adalah usaha untuk membangun rijal
yang dipersiapkan sebagai tonggak dakwah.
Cara bagaimana bina rijal ini kita merujuk kembali bagaimana Rasul
melaksanakan pembinaan kepada para sahabat.
Dalil :
·
Q.3:104, bentuklah dari sebahagianmu orang untuk
melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar.
2.3. Minhajud Dakwah (panduan dakwah).
Sarahan :
·
Al-Qur’an
dan Sunnah adalah minhaj dakwah yang penuh dengan petunjuk-petunjuk bagaimana
menjalankan dakwah. Banyak contoh-contoh
misalnya kita disuruh berdakwah lembut, ramah, tidak boleh keras, dengan
pengajaran yang baik, nasehat, memaafkan dan mengampunkan mereka.
·
Minhaj
Dakwah dalam menegakkan dien juga membincangkan bagaimana dakwah melalui
pendekatan ekonomi, budaya, sosial dan politik.
Selain itu Rasul juga menggambarkan dakwah mengikuti potensi
masing-masing seperti di zaman sekarang sebagai consultant, accountant,
engineer dan sebagainya.
Dalil :
·
Q.3:159, pendekatan dakwah yang
lembut dan ramah dapat mengelakkan mad’u dari bercerai berai. Elakkan berbuat jahat, berhati kasar dalam
pendekatan dakwah.
2.4. Tathbiqur Risalah (aplikasi risalah).
Sarahan :
Aplikasi dari penerimaan risalah
Islam adalah mengamalkan Islam secara keseluruhannya dalam kehidupan seharian. Tegaknya dien tidak akan wujud apabila mereka
yang menerima sekedar tahu dan kemudian tidak mengamalkan. Tegaknya dien akan tercapai apabila setiap
individu mengaplikasikannya dalam hidup.
Setelah mereka tahu, kemudian diamalkan ke dalam dirinya dan didakwahkan
kepada orang lain merupakan usaha yang dapat mempercepat tegaknya dien di muka
bumi ini.
Dalil :
·
Q.2:208,
Orang beriman disuruh masuk (mengamalkan) Islam secara keseluruhan.
·
Q.6:162,
katakanlah sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku, semuanya
bagi Allah, tuhan semesta alam.
Ringkasan
Dalil :
·
Umum :
·
Menyampaikan (5:67, 33:39).
·
Memperkenalkan Al Khaliq (7:175).
·
Menjelaskan cara pengabdian (hadits).
·
Menjelaskan pedoman hidup (hadits).
·
Mendidik para sahabat dengan arahan
dan nasihat.
·
Khusus :
·
Menegakkan dienullah (42:13-15).
·
Menegakkan khilafah (24:55, 48:27).
·
Membina kader (3:104).
·
Membuat konsep dakwah (3:159).
·
Melaksanakan panduan hidup (2:208, 6:162).
C-6. KHOSOISU RISALAH MUHAMMAD SAW
Objektif
1. Memahami keistimewaan
misi risalah Rasulullah dan perbedaannya dengan risalah Rasul-rasul sebelumnya.
2. Mampu menunjukkan dan
menjelaskan inti dari risalah Muhammad SAW.
3. Menyadari peranan
sebagai penerus risalah jihad sehingga termotivasi untuk berdakwah di jalan
Allah.
Sinopsis
Nabi Muhammad SAW mempunyai ciri-ciri yang khusus dibandingkan dengan
para rasul lainnya. Diantara ciri-ciri
tersebut adalah sebagai nabi penutup, penghapus risalah sebelumnya, membenarkan
nabi sebelumnya, menyempurnakan risalah, diperuntukkan bagi manusia seluruh
alam dan sebagai rahmat bagi alam semesta.
Ciri-ciri ini dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW dan tidak dimiliki oleh
para Rasul sebelumnya. Nabi Muhammad
sebagai penutup berarti tidak ada lagi nabi setelah nabi Muhammad SAW, ia pun
menghapuskan risalah sebelumnya yang berarti risalah sebelumnya tidak lagi
digunakan setelah datangnya Nabi Muhammad SAW, beliaupun membenarkan Nabi
sebelumnya dan adanya Nabi Muhammad tidak untuk kaumnya sahaja tetapi bagi
seluruh manusia dan bagi semesta alam.
Rasulullah tampil sebagai pembawa risalah Islam yang mencakupi huda dan
dienul Haq. Selain itu hadirnya
Rasulullah SAW di tengah kita adalah sebagai saksi, pembawa berita gembira dan
peringatan, menyeru ke jalan Allah dan sebagai pelita yang menerangi.
Hasyiah
1. Khotama Al Anbiya (Nabi penutup).
Sarahan :
Allah SWT telah menurunkan Nabi
sebanyak 124.000 dan Rasul sebanyak 313 orang.
Namun demikian di dalam Al-Qur’an yang disebutkan hanya sebanyak 25
orang sahaja. Perhatikan Al-Qur’an surat
40:78, 4:163-164, 6:84-86. Seperti juga
ada diungkapkan bahawa setelah Rasul Musa AS ada sebanyak 36 pelanjut
Risalahnya. Sedangkan penutup bagi semua
Rasul dan Nabi itu adalah Nabi Muhammad SAW.
Dalil :
·
Q.33:40,
Muhammad itu bukan bapa salah seorang diantara lelaki kamu tetapi dia adalah
Rasul Allah dan kesudahan dari Rasul-Rasul Allah.
2. Nasikhu Ar Risalah (penghapus risalah).
Sarahan :
·
Risalah
terdahulu hanya untuk kaum tertentu sahaja, sehingga hanya sesuai untuk kaum
tersebut. Selain itu risalah terdahulu
mengikuti keadaan dan situasi serta keperluan semasa waktu itu sehingga hanya
sesuai pada saat tersebut sahaja.
·
Risalah
Nabi Muhammad sebagai pelengkap dari risalah sebelumnya dan sekaligus
memansukhkan risalah sebelumnya. Risalah
Nabi Muhammad SAW sesuai dan dapat digunakan oleh semua manusia dan dapat
diamalkan hingga hari kiamat.
·
Risalah
terdahulu yang dibawa oleh ratusan Nabi dan Rasul mempunyai pendekatan dakwah
yang sesuai dengan pendekatan kaumnya misalnya pendekatan dakwah Nabi Daud
dengan kekuatan fisikal, Nabi Sulaiman pandai bercakap dengan hewan, pohon, jin
dan mempunyai kekuatan memindahkan kerajaan dan sebagainya, Nabi Ibrahim
berdakwah dengan memotong semua kepala berhala, Nabi Isa AS tidak berkahwin dan
banyak contoh lainnya. Disimpulkan bahawa
pendekatan-pendekatan dakwah dan risalah yang dibawa oleh Nabi sebelumnya
tidaklah sesuai lagi bagi zaman sekarang.
Dalil :
·
Hadits.
·
Q.33:40,
sebagai penutup nabi. Q.61:8,
membenarkan para nabi sebelumnya.
·
Q.34:28,
ditujukan untuk seluruh manusia.
·
Q.21:107,
menjadi rahmat bagi alam semesta.
3. Musoddiqu Al Anbiya (membenarkan para nabi).
Sarahan :
Banyak tantangan dan cabaran yang
mencoba menghapuskan agama Allah, namun demikian Allah SWT senantiasa menjaga
dan memeliharanya dari serangan kaum kafir.
Diantaranya dengan memenangkan Islam atas agama lainnya atau dengan
menurunkan para Rasul dan Nabi untuk kembali menegakkan kesilapan atau
kejahiliyahan ummat. Nabi Muhammad SAW
sebagai nabi akhir melengkapi risalah sebelumnya dan dijadikan sebagai rujukan
utama bagi ummat Islam.
Dalil :
·
Q.61:8-9,
Mereka hendak memadamkan risalah Allah tetapi Allah SWT pelihara dan
menyempurnakannya. Kemudian Allah SWT
mengutus Rasul-Nya dengan memberikan petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia
memenangkan agama Allah itu atas sekalian agama.
4. Mukammilu Ar Risalah (penyempurna risalah).
Sarahan :
Selain membenarkan Rasul dan Nabi
sebelumnya yang membawa risalah Islam.
Kehadiran nabi Muhammad SAW juga diperuntukkan menyempurnakan risalah
sebelumnya. Risalah sebelumnya cenderung
diperuntukkan bagi suatu kaum tertentu sahaja dan bagi saat tertentu. Berbeda dengan Nabi Muhammad SAW yang diutus
untuk semua manusia (tidak untuk kaumnya sahaja) dan berlaku hingga kiamat.
5. Kaafatalinnaas (untuk seluruh manusia).
Sarahan :
Rasul Muhammad SAW berbeda dengan
para Rasul dan Nabi sebelumnya dimana Nabi Muhammad SAW diutus bagi kepentingan
ummat manusia secara keseluruhan dengan tidak mengira suku, bangsa, warna
kulit, bahasa dan sebagainya. Sehingga
dapat dilihat perkembangan Islam pada masa ini dimana muslim tersebar di
seluruh pelosok dunia.
Dalil :
·
Q.34:28,
Kami tiada mengutus engkau ya Muhammad melainkan kepada sekalian ummat manusia
untuk memberi khabar gembira dan peringatan tetapi kebanyakan manusia tiada
mengetahui.
6. Rahmatul Alamin (rahmat bagi alam semesta).
Sarahan :
·
Kehadiran
Nabi Muhammad SAW dimuka bumi ini adalah sebagai rahmat bagi seluruh alam yang
tidak sahaja manusia tetapi juga alam, hewan, pokok dan sebagainya. Manusiapun dengan kehadiran Nabi Muhammad
mendapatkan rahmat dan kebaikan. Manusia
kafir dan jahiliyahpun mendapatkan rahmat dari kedatangan Islam. Dengan demikian Islam dan Nabi Muhammad tidak
hanya untuk ummat Islam tetapi kebaikannya juga dirasakan oleh manusia
lainnya. Islam adalah membawa agama fitrah
yang sesuai dengan penciptaan manusia, jadi apabila Islam disampaikan maka akan
dirasakan sesuai oleh manusia.
·
Alam,
hewan dan pokokpun dilindungi dan dipelihara dengan kedatangan Islam. Umat Islam sebagai khalifah di muka bumi
melaksanakan pemeliharaan dan penjagaan alam dengan demikian kestabilan
terwujud dan alam serta isinya menjadi damai.
Dalil :
·
Q.21:107,
kami tiada mengutus engkau (ya Muhammad), melainkan menjadi rahmat untuk
semesta alam.
7. Risalatul Islam.
Sarahan :
·
Risalah
Nabi Muhammad SAW adalah risalah Islam, yang dibawanya adalah sesuatu yang
benar. Hal ini tercermin dari akhlak,
kepribadian dan sifat-sifat Nabi yang mulia.
·
Inti
dari risalah Nabi Muhammad SAW adalah huda (petunjuk) dan dien yang benar. Risalah membawa huda karena Islam itu sendiri
sebagai panduan bagi manusia.
Dalil :
·
Q.48:28,
Dia yang mengutus rasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang haq (benar),
supaya agama itu mengalahkan semua agama.
Dan Allah cukup menjadi saksi.
8. Ad Dakwah.
Sarahan :
·
Rasul
menggunakan Islam sebagai petunjuk dan juga Allah menangkan Islam sebagai
dienul Haq ke atas agama-agama lainnya.
Usaha ini tidak akan tercapai apabila tidak dilaksanakan dakwah.
·
Rasul
dalam menjalankan dakwahnya mempunyai peranan sebagai saksi atas ummatnya,
memberi penyampaian nilai-nilai Islam yang bersifat kabar gembira ataupun kabar
peringatan.
·
Allah
SWT sekali lagi menegaskan bahawa Rasul berdakwah dengan menyeru manusia agar
kembali kepada Allah dan kemudian Rasul sebagai pelita yang menerangi.
·
Peranan
Nabi yang digambarkan di dalam surat 33:45-46 adalah sebagai da’i. Beliau berdakwah dengan mengajak manusia dan
bersifat sebagai pelita yang senantiasa dijadikan rujukan bagi manusia.
Dalil :
·
Q.33:45-46,
Hai Nabi, sesungguhnya kami mengutus engkau sebagai saksi atas ummat dan untuk
memberi kabar gembira dan kabar takut.
Dan untuk menyeru (manusia) kepada Allah dengan izinNya, dan menjadi
pelita yang menerangi.
Ringkasan
Dalil :
·
Muhammad
·
Penutup para Nabi (33:40)
·
Penghapus risalah
sebelumnya (Hadits)
·
Membenarkan para
Nabi sebelumnya (61:8)
·
Penyempurna risalah
sebelumnya ditujukan untuk seluruh manusia (34:28)
·
Ditujukan untuk
menjadi rahmat bagi semesta alam (21:107)
·
Risalah Muhammad
adalah risalah Islam : intinya petunjuk/Al-Qur’an dan dien yang benar/Al Islam
·
Wajib berdakwah :
·
Menjadi saksi (33:45)
·
Memberi berita gembira (33:45)
·
Memberi peringatan (33:45)
·
Menyeru ke jalan Allah (33:46)
·
Cahaya yang menerangi (33:46)
C-7. WAJIBAT NAHWA RASUL
Objektif
1. Memahami persaksian
Muhammad adalah Rasulullah dan termotivasi untuk mengaplikasikannya.
2. Mampu menjelaskan
kewajiban pribadi mu’min terhadap Rasulullah sebagai pengaruh persaksiannya.
3. Menyadari peranannya
sebagai kader dakwah penerus risalah Rasulullah SAW.
Sinopsis
Muslim yang menyebut bahawa Muhammad adalah Rasulullah di dalam
syahadatnya maka berarti individu tersebut akan membenarkan apa yang
dikabarkannya, mentaati semua perintahnya, menjauhi apa yang dilarangnya, dan
tidak dikatakan beribadah kecuali dengan mengikuti syariatnya. Penerimaan dan ketaatan serta ibadah
kepadaNya melalui petunjuk Rasul adalah hasil dari persaksian ke atas Nabi yang
kemudian dari sini muncul kewajiban-kewajiban yang perlu dijalankan.
Kewajiban kami (muslim) kepada Rasul adalah mengimaninya, mencintai,
mengagungkan, membelanya, mencintai para pencintanya, menghidupkan sunnahnya,
memperbanyak shalawat, mengikutinya dan mewarisi risalahnya. Dengan kewajiban ini setiap muslim akan
senantiasa menjaga dirinya berada didalam saf Islam. Kewajiban ini sebagai janji dan komitmen dari
persaksian kita kepada Nabi bahawa Muhammad SAW adalah Rasulullah.
Hasyiah
1. Muhammad Rasulullah.
Sarahan :
·
Muhammad
SAW adalah nabi dan rasul terakhir yang dijadikan sebagai Nabi dan Rasul
penutup. Beliau sebagai model terbaik
dan melengkapi nabi dan rasul sebelumnya.
Risalah yang dibawanya sangatlah bersesuaian dengan keadaan saat ini dan
diperuntukkan bagi semua manusia.
·
Berbagai
kelebihan dan keutamaan pada diri Nabi sangatlah banyak, sehingga kita perlu
menyimpulkan bahawa beliaulah yang paling sesuai untuk diikuti. Kemudian bagaimanakah kewajiban kita
kepadanya ?
Dalil :
·
Q.33:40,
Muhammad SAW sebagai Nabi penutup.
·
Q.34:28,
diperuntukkan kepada semua manusia.
2. Membenarkan apa yang dikabarkannya.
Sarahan :
Nabi Muhammad SAW adalah Rasul
yang membawa kebenaran. Setiap yang
disampaikan nya adalah benar dan berasal dari Allah SWT. Beliau mengajak kita untuk beriman dan taat
kepada Allah dan RasulNya. Usaha pertama
sebelum kita beriman, kita mesti menerima dan membenarkan apa yang akan kita
yakini. Selama kita tidak menerima maka
selama itu kita tidak dapat membenarkan risalah Nabi dan juga tidak akan kita
beriman kepadaNya. Orang yang
membenarkan risalahNya adalah orang yang bertaqwa.
Dalil :
·
Hadits.
·
Q.39:33,
orang yang membawa kebenaran (Muhammad SAW) dan orang-orang yang membenarkannya
adalah mereka itu orang yang taqwa.
3. Membenarkan apa yang dikabarkannya.
Sarahan :
Orang yang beriman adalah tentara
yang siap dan sedia mendapat arahan dan perintah dari atasan. Atasan kita adalah Allah SWT dan Nabi
SAW. Dialah yang berhak sebagai atasan
kita karena dialah pencipta, pemberi rezki, pengatur dan pemilik kita. Sedangkan Nabi adalah orang yang ditunjuk
langsung oleh Allah sebagai pembimbing kita.
Sikap kita yang terbaik adalah dengar dan taat perintahNya. Karena setiap perintah itu adalah untuk
kebaikan kita juga.
Dalil :
·
Q.24:51,
sesungguhnya perkataan orang beriman apabila dipanggil kepada Allah dan Rasul
Nya, supaya dihukum antara mereka, bahawa mereka berkata : kami dengar dan kami
taat. Mereka itulah orang yang menang.
·
Q.5:7,
kami dengar, kami taat dan takutlah kamu kepada Allah.
4. Membenarkan apa yang dikabarkannya.
Sarahan :
Muhammad SAW sebagai rasul yang
mendapat lesen dari Allah SWT untuk menyampaikan wahyuNya, maka kita mesti
mengiktiraf keadaan belian dan menjadikan diri Nabi sebagai bahagian di dalam
kehidupan kita. Beliau berhak mengatur
kehidupan kita karena ini untuk kebaikan kita sendiri. Oleh karena itu, apabila beliau melarang
sesuatu maka ikuti larangan nya. Inilah
jalan terbaik.
Dalil :
·
Q.59:7,
….. apa-apa yang diberikan rasul kepadamu, hendaklah kamu ambil dan apa-apa
yang dilarangnya, hendaklah kamu hentikan dan takutlah kepada Allah.
5. Membenarkan apa yang dikabarkannya.
Sarahan :
Mentaati Allah mesti melalui
ketaatan kepada Rasul. Yang ditaati
adalah syariat yang dibawanya sama ada yang disampaikan di dalam Al-Qur’an
ataupun Sunnah Nabi. Kita tidak akan
dapat beribadah kecuali mengikuti Rasul dan syariatNya.
Dalil :
·
Hadits.
·
Q.4:80,
barang siapa mentaati rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allah.
6. Membenarkan apa yang dikabarkannya.
6.1. Mengimani.
Sarahan :
·
Kewajiban
kita terhadap Nabi adalah mengimaninya.
Dengan cara ini kita akan terhindar dari api neraka dan azab yang pedih.
Dalil :
·
Hadits.
·
Q.61:10-11,
suatu perniagaan yang akan melepaskan kita dari azab yang pedih adalah beriman
kepada Allah dan RasulNya dan berjuang di jalan Allah dan RasulNya.
6.2. Mencintai.
Dalil :
·
Hadits.
6.3. Mengagungkan.
Dalil :
·
Q.48:7
6.4. Membelanya.
Dalil :
·
Q.9:40,
61:14
6.5. Mencintai para pencintanya.
Dalil :
·
Q.48:29
6.6. Menghidupkan sunnahnya.
Dalil :
·
Hadits.
·
Q.3:130
6.7. Memperbanyak sholawat.
Dalil :
·
Q.33:56
6.8. Mengikutinya.
Dalil :
·
Q.3:31
6.9. Mewarisi risalahnya.
Dalil :
·
Q.48:28
Ringkasan
Dalil :
·
Muhammad Rasulullah
membenarkan apa yang dikabarkannya (Hadits, 39:33)
·
Mentaati semua
perintahnya (24:51, 5:7, 4:115)
·
Menjauhi apa yang
dilarangnya (59:7)
·
Tidak dikatakan
beribadah kecuali dengan mengikuti syariatnya (Hadits, 4:80)
·
Kewajiban terhadap
Rasulullah mengimani (Hadits, 61:11)
·
Mencintai (Hadits)
·
Mengagungkan (48:7)
·
Membelanya (9:40, 61:14)
·
Mencintai para
pencintanya (48:29)
·
Menghidupkan
sunnahnya (Hadits, 3:130)
·
Memperbanyak
sholawat (33:56)
·
Mengikutinya (3:31)
·
Mewarisi risalahnya (48:28)
No comments:
Post a Comment