MAKNA
ASSYAHADATAIN
Pendahuluan
Kalimah
syahadatain adalah kalimat yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Kita senantiasa menyebutnya setiap hari,
misalnya ketika shalat dan azan. Kalimah
syahadatain sering diucapkan oleh ummat Islam dalam pelbagai keadaan. Sememangnya kita menghafal kalimah syahadah
dan dapat menyebutnya dengan fasih, namun demikian sejauh manakah berkesan
kalimah syahadatain ini difahami dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari
ummat Islam ?
Soalan tersebut perlu dijawab dengan realiti yang ada. Tingkah laku ummat Islam yang terpengaruh
dengan jahiliyah atau cara hidup Barat yang memberi gambaran bahawa syahadah
tidak memberi kesan lainnya seperti tidak menutup aurat, melakukan
perkara-perkara larangan dan yang meninggalkan perintah-Nya, memberi kesetiaan
dan taat bukan kepada Islam, dan mengingkari rezki atau tidak menerima sesuatu
yang dikenakan kepada dirinya. Contoh
ini adalah wujud dari seseorang yang tidak memahami syahadah yang dibacanya dan
tidak mengerti makna yang sebenarnya dibawa oleh syahadah tersebut.
Kalimah Syahadah merupakan asas utama dan landasan penting bagi rukun
Islam. Tanpa syahadah maka rukun Islam
lainnya akan runtuh begitupun dengan rukun Iman. Tegaknya syahadah dalam kehidupan seorang
individu maka akan menegakkan ibadah dan dien dalam hidup kita. Dengan syahadah maka wujud sikap ruhaniah
yang akan memberikan motivasi kepada tingkah laku jasmaniah dan akal fikiran
serta memotivasi kita untuk melaksanakan rukun Islam lainnya.
Menegakkan Islam maka mesti menegakkan rukun Islam terlebih dahulu, dan
untuk tegaknya rukun Islam maka mesti tegak syahadah terlebih dahulu. Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa, Islam
itu bagaikan sebuah bangunan. Untuk
berdirinya bangunan Islam itu harus ditopang oleh 5 (lima) tiang pokok iaitu
syahadatain, shalat, saum, zakat dan haji ke baitul haram. Dalam hadits yang lain : Shalat sebagai salah satu rukun Islam
merupakan tiangnya ad dien.
Di kalangan masyarakat Arab di zaman Nabi SAW, mereka memahami betul
makna dari syahadatain ini, terbukti dalam suatu peristiwa dimana Nabi SAW
mengumpulkan ketua-ketua Quraisy dari kalangan Bani Hasyim, Nabi SAW bersabda
: Wahai saudara-saudara, mahukah kalian
aku beri satu kalimat, dimana de-ngan kalimat itu kalian akan dapat menguasai seluruh
jazirah Arab. Kemudian Abu Jahal terus
menjawab : Jangankan satu kalimat,
sepuluh kalimat berikan kepadaku.
Kemudian Nabi SAW bersabda :
Ucapkanlah Laa ilaha illa Allah dan Muhammadan Rasulullah. Abu Jahal pun terus menjawab : Kalau itu yang engkau minta, berarti engkau
mengumandangkan peperangan dengan semua orang Arab dan bukan Arab.
Penolakan Abu Jahal kepada kalimah ini, bukan kerana dia tidak faham akan
makna dari kalimat itu, tetapi justru sebaliknya. Dia tidak mau menerima sikap yang mesti
tunduk, taat dan patuh kepada Allah SWT sahaja, dengan sikap ini maka semua
orang akan tidak tunduk lagi kepadanya.
Abu Jahal ingin mendapatkan loyaliti dari kaum dan bangsanya. Penerimaan syahadah bermakna menerima semua
aturan dan segala akibatnya. Penerimaan
inilah yang sulit bagi kaum jahiliyah mengaplikasikan syahadah.
Sebenarnya apabila mereka memahami bahawa loyaliti kepada Allah itu juga
akan menambah kekuatan kepada diri kita.
Mereka yang beriman semakin dihormati dan semakin dihargai. Mereka yang memiliki kemampuan dan ilmu akan
mendapatkan kedudukan yang sama apabila ia sebagai muslim. Abu Jahal adalah tokoh di kalangan Jahiliyah
dan ia memiliki banyak potensi diantaranya ialah ahli hukum (Abu Amr). Setiap individu yang bersyahadah, maka ia
menjadi khalifatullah fil Ardhi.
Kalimah
syahadah mesti difahami dengan benar, kerana di dalamnya terdapat makna yang
sangat tinggi. Dengan syahadah maka
kehidupan kita akan dijamin bahagia di dunia ataupun di akhirat. Syahadah seba-gai kunci kehidupan dan tiang
dari pada dien. Oleh itu, marilah kita
bersama memahami syahadatain ini.
A-1. AHAMMIYATU SYAHADATAIN
Objektif
1. Memahami kepentingan
syahadah dalam hidup seorang muslim.
2. Memahami syahadah
sebagai pintu masuk dan intisari ajaran Islam serta menjadi dasar perubahan
total sesuatu ummat.
Sinopsis
Kepentingan
syahadat (ahamiyah syahadah) perlu didedahkan kepada mad’u agar dapat
betul-betul memahami syahadah secara konsep dan aplikasinya. Kenapa syahadah penting karena dengan
bersyahadah seseorang boleh menyebutkan dirinya sebagai muslim, syahadah
sebagai pintu bagi masuknya seseorang kedalam Islam. Kefahaman seorang muslim dapat melakukan
perubahan-perubahan individu, keluarga ataupun masyarakat. Dalam sejarah para nabi dan rasul, syahadah
sebagai kalimah yang diperjuangkan dan kalimah inilah yang menggerakkan dakwah
nabi dan rasul. Akhir sekali, dengan
syahadah tentunya setiap muslim akan mendapatkan banyak pahala dan ganjaran
yang besar dari Allah SWT.
Hasyiah
1. Ahamiyah Syahadah (kepentingan bersyahadah).
Sarahan :
Syahadatain adalah rukun Islam
yang pertama. Kepentingan syahadah ini
karena syahadah sebagai dasar bagi rukun Islam yang lain dan bagi tiang untuk
rukun Iman dan Dien. Syahadatain ini
menjadi ruh, inti dan landasan seluruh ajaran Islam. Oleh sebab itu, sangat penting syahadah dalam
kehidupan setiap muslim. Sebab-sebab
kenapa syahadah penting bagi kehidupan muslim adalah :
·
Pintu
masuknya Islam
·
Intisari
ajaran Islam
·
Dasar-dasar
perubahan menyeluruh
·
Hakikat
dakwah para rasul
·
Keutamaan
yang besar
2. Madkhol Ila Islam (pintu masuk ke dalam Islam).
Sarahan :
·
Sahnya
iman seseorang adalah dengan menyebutkan syahadatain
·
Kesempurnaan
iman seseorang bergantung kepada pemahaman dan pengamalan syahadatain
·
Syahadatain
membedakan manusia kepada muslim dan kafir
·
Pada
dasarnya setiap manusia telah bersyahadah Rubbubiyah di alam arwah, tetapi ini
sahaja belum cukup, untuk menjadi muslim mereka harus bersyahadah Uluhiyah dan
syahadah Risalah di dunia.
Dalil :
·
Hadits
: Rasulullah SAW memerintahkan Mu’az bin
Jabal untuk mengajarkan dua kalimah syahadah, sebelum pengajaran lainnya.
·
Hadits
: Pernyataan Rasulullah SAW tentang misi
Laa ilaha illa Allah dan kewajiban manusia untuk menerimanya.
·
Q.47
: 19, Pentingnya mengerti, memahami dan melaksanakan syahadatain. Manusia berdosa akibat melalaikan pemahaman
dan pelaksanaan syahadatain.
·
Q.37
: 35, Manusia menjadi kafir karena menyombongkan diri terhadap Laa ilaha illa
Allah.
·
Q.3
: 18, Yang dapat bersyahadat dalam arti sebenarnya adalah hanya Allah, para
Malaikat dan orang-orang yang berilmu yaitu para Nabi dan orang yang beriman
kepada mereka.
·
Q.7
: 172, Manusia bersyahadah di alam arwah sehingga fitrah manusia mengakui
keesaan Allah. Ini perlu disempurnakan
dengan syahadatain sesuai ajaran Islam.
3. Kholaso Ta’lim Islam (kefahaman muslim terhadap Islam).
Sarahan :
·
Kefahaman
muslim terhadap Islam bergantung kepada kefahamannya pada syahadatain. Seluruh ajaran Islam terdapat dalam dua
kalimah yang sederhana ini.
·
Ada
3 hal prinsip syahadatain :
1.
Pernyataan
Laa ilaha illa Allah merupakan penerimaan penghambaan atau ibadah kepada Allah
sahaja. Melaksanakan minhajillah
merupakan ibadah kepadaNya.
2.
Menyebut
Muhammad Rasulullah merupakan dasar penerimaan cara penghambaan itu dari
Muhammad SAW. Rasulullah adalah tauladan
dalam mengikuti Minhajillah.
3.
Penghambaan
kepada Allah meliputi seluruh aspek kehidupan.
Ia mengatur hubungan manusia dengan Allah dengan dirinya sendiri dan
dengan masyarakatnya.
Dalil :
·
Q.2:21,
51:56, Ma’na Laa ilaha illa Allah adalah penghambaan kepada Allah. 21:25, Rasul diutus dengan membawa ajaran
tauhid.
·
Q.33:21,
Muhammad SAW adalah tauladan dalam setiap aspek kehidupan. 3:31, aktifiti hidup hendaknya mengikuti
ajaran Muhammad SAW.
·
Q.6:162,
Seluruh aktiviti hidup manusia secara individu, masyarakat dan negara mesti
ditujukan kepada mengabdi Allah SWT sahaja.
3:19, 3:85, 45:18, 6:153, Islam adalah satu-satunya syariat yang
diredhai Allah. Tidak dapat dicampur
dengan syariat lainnya.
4. Asasul Inqilab (dasar-dasar perubahan).
Sarahan :
·
Syahadatain
mampu manusia dalam aspek keyakinan, pemikiran, maupun jalan hidupnya. Perubahan meliputi berbagai aspek kehidupan
manusia secara individu atau masyrakat.
·
Ada
perbedaan penerimaan syahadatain pada generasi pertama umat Muhammad dengan
generasi sekarang. Perbedaan tersebut
disebabkan kefahaman terhadap makna
syahadatain secara bahasa dan pengertian, sikap konsisten terhadap syahadah
tersebut dalam pelaksanaan ketika menerima maupun menolak.
·
Umat
terdahulu langsung berubah ketika menerima syahadatain. Sehingga mereka yang tadinya bodoh menjadi
pandai, yang kufur menjadi beriman, yang bergelimang dalam maksiat menjadi
takwa dan abid, yang sesat mendapat hidayah.
Masyarakat yang tadinya bermusuhan menjadi bersaudara di jalan Allah.
·
Syahadatain
dapat merubah masyarakat dahulu maka syahadatain pun dapat merubah umat
sekarang menjadi baik.
Dalil :
·
Q.6:122,
Penggambaran Allah tentang perubahan yang terjadi pada para sahabat Nabi, yang
dahulunya berada dalam kegelapan jahiliyah kemudian berada dalam cahaya Islam
yang gemilang.
·
Q.33:23,
Perubahan individu contohnya terjadi pada Muz’ab bin Umair yang sebelum
mengikuti dakwah rasul merupakan pemuda yang paling terkenal dengan kehidupan
yang glamour di kota Mekkah tetapi setelah menerima Islam, ia menjadi pemuda
sederhana yang da’I, duta rasul untuk kota Madinah. Kemudian menjadi syuhada Uhud. Saat syahidnya rasulullah membacakan ayat
ini.
·
Q.37:35-37,
reaksi masyarakat Quraisy terhadap kalimah tauhid. 85:6-10, reaksi musuh terhadap keimanan kaum
mukminin terhadap Allah 18:2, 8:30, musuh memerangi mereka yang konsisten
dengan pernyataan Tauhid.
·
Hadits
: Laa ilaha illa Allah, kalimat yang dibenci penguasa zalim dan kerajaan.
·
Hadits
: Janji Rasul bahawa kalimah tauhid akan memuliakan kaumnya.
5. Haqiqat Dakwah Rasul.
Sarahan :
·
Setiap
Rasul semenjak nabi Adam AS hingga nabi besar Muhammad SAW membawa misi
dakwahnya adalah syahadah.
·
Makna
syahadah yang dibawa juga sama iaitu laa ilaha illa Allah.
·
Dakwah
rasul senantiasa membawa umat kepada pengabdian Allah sahaja.
Dalil :
·
Q.60:4,
Nabi Ibrahim berdakwah kepada masyarakat untuk membawanya kepada pengabdian
Allah sahaja.
·
Q.18:110,
Para nabi membawa dakwah bahawa ilah hanya satu iaitu Allah sahaja.
6. Fadailul A’dhim (ganjaran yang besar)
Sarahan :
·
Banyak
ganjaran-ganjaran yang diberikan oleh Allah dan dijanjikan oleh Nabi Muhammad
SAW.
·
Ganjaran
dapat berupa material ataupun moral.
Misalnya kebahagiaan di dunia dan akhirat, rezeki yang halal dan
keutamaan lainnya.
·
Keutamaan
ini selalu dikaitkan dengan aplikasi dan implikasi syahadah dalam kehidupan
sehari-hari.
·
Dielakkannya
kita dari segala macam kesakitan dan kesesatan di dunia dan di akhirat.
Dalil :
·
Q:
Allah SWT memberikan banyak keutamaan dan kelebihan bagi yang bersyahadah.
·
H:
Allah SWT akan menghindarkan neraka bagi mereka yang menyebut kalimah syahadah.
Ringkasan
Dalil :
Kepentingan syahadatain : (Q.4:41, 2:143)
·
Pintu masuk ke dalam Islam :
(a)
·
Intisari ajaran Islam : (b, 21:25)
·
Dasar-dasar perubahan total :
(6:122, 13:11) pribadi dan
masyarakat
·
Hakikat dakwah para rasul as. :
(21:25, 3:31, 6:19, 16:36)
·
Kelebihan yang besar
A-2. MADLUL SYAHADAH
Objektif
1. Memahami kandungan
kata “syahadah” dan kepentingannya.
2. Memahami pengertian
iman dan hubungannya dengan syahadah.
3. Menyadari bahawa hanya
dengan istiqomah dalam syahadah dapat mencapai kebahagiaan.
Sinopsis
Syahadatain
begitu berat diperjuangkan oleh para sahabat, bahkan mereka sedia dan tidak
takut terhadap segala ancaman kafir.
Sahabat nabi misalnya Habib berani menghadapi siksaan dari Musailamah
yang memotong tubuhnya satu persatu, Bilal bin Rabah tahan menerima himpitan
batu besar di tengah hari dan sederet nama lainnya. Mereka mempertahankan syahadatain. Muncullah pertanyaan kenapa mereka bersedia
dan berani mempertahankan kalimah syahadah ?
Ini disebabkan kerana kalimah syahadah mengandung makna yang sangat
mendalam bagi mereka. Syahadah bagi
mereka dan arti yang sebenarnya mencakupi pengertian ikrar, sumpah dan
janji. Majoriti umat Islam mengartikan
syahadat sebagai ikrar sahaja, apabila mereka tahu bahawa syahadah juga
mengandung arti sumpah dan janji, serta tahu bahawa akibat janji dan sumpah
maka mereka akan benar-benar mengamalkan Islam dan beriman. Iman sebagai dasar dan juga hasil dari pengertian
syahadah yang betul. Iman secara sebutan
oleh mulut, juga diyakini oleh hati dan diamalkan oleh perbuatan sebagai
pengertian yang sebenarnya dari iman.
Apabila kita mengamalkan syahadah dan mendasarinya dengan iman yang
konsisten dan istiqomah, maka beberaoa hasil akan dirasakan seperti keberanian,
ketenangan dan optimis menjalani kehidupan.
Kemudian Allah SWT memberikan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan di
akhirat.
Hasyiah
1. Madlul Syahadah.
Sarahan :
·
Pernyataan
(ikrar), iaitu suatu statemant seorang muslim mengenai keyakinannya. Pernyataan ini sangat kuat karena didukung
oleh Allah, Malaikat dan orang-orang yang berilmu (para nabi dan orang yang
beriman). Hasil dari ikrar ini adalah
kewajiban kita untuk menegakkan dan memperjuangkan apa yang diikrarkan.
·
Sumpah
(qosam) iaitu pernyataan kesediaan menerima akibat dan resiko apapun dalam
mengamalkan syahadah. Muslim yang
menyebut asyhad berarti siap dan bertanggung-jawab dalam tegaknya Islam. Pelanggaran terhadap sumpah ini adalah
kemunafikan dan tempat orang munafik adalah neraka jahanam.
·
Perjanjian
yang teguh (mitsaq) iaitu janji setia untuk mendengar dan taat dalam segala
keadaan terhadap semua perintah Allah yang terkandung dalam Kitabullah maupun
Sunnah Rasul.
Dalil :
·
Q.3:18,
syahadat yang berarti ikrar dari Allah, Malaikat dan orang-orang yang berilmu
tentang Laa ilaha illa Allah. Q.7:172,
ikrar tentang Rububiyatullah manusia merupakan alasan bagi ikrar tentang
keesaan Allah. Q.3:81, ikrar para nabi
mengakui kerasulan Muhammad SAW meskipun mereka hidup sebelum kedatangan Rasulullah
SAW.
·
Q.63:1-2,
syahadah berarti sumpah. Orang-orang
munafiq berlebihan dalam pernyataan syahadahnya, padahal mereka tidak lebih
sebagai pendusta. Q.4:138-145, beberapa
ciri orang yang melanggar sumpahnya iaitu memberikan wala kepada orang-orang kafir,
memperolok-olok ayat Allah, mencari kesempatan dalam kesempitan kaum muslimin,
menunggu-nunggu kesalahan kaum muslimin, malas dalam sholat dan tidak punya
pendirian. Orang-orang mukmin yang
sumpahnya teguh tidak akan bersifat seperti tersebut.
·
Q.5:7,
2:285, syahadah adalah mitsaq yang harus diterima dengan sikap sam’an wa
tho’atan didasari dengan iman yang sebenarnya terhadap Allah, Malaikat,
Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Akhir dan Qadar baik maupun buruk. Q.2:93, pelanggaran terhadap mitsaq ini berakibat
laknat Allah seperti yang pernah terjadi pada orang-orang Yahudi.
2. Iman.
Sarahan :
Syahadah yang dinyatakan seorang
muslim penuh kesadaran sebagai sumpah dan janji setia ini merupakan ruh iman,
iaitu :
·
Ucapan
(qoul) yang senantiasa sesuai dengan isi hatinya yang suci. Perkataan maupun kalimat yang keluar dari
lidahnya yang baik serta mengandungi hikmah.
Syahadah diucapkan dengan penuh kebanggaan iman (isti’la-ul iman) berangkat
dari semangat isyhadu biannaa muslimin.
·
Membenarkan
(tasydiq) dengan hati tanpa keraguan.
Iaitu sikap keyakinan dan penerimaan dengan tanpa rasa keberatan atau
pilihan lain terhadap apa yang didatangkan Allah.
·
Perbuatan
(amal) yang termotivasi dari hati yang ikhlas dan kefahaman terhadap
maksud-maksud aturan Allah. Amal merupakan
cerminan dari kesucian hati dan upaya untuk mencari redha Ilahi. Amal yang menunjukkan sikap mental dan moral
Islami yang dapat dijadikan teladan.
·
Ketiga
perkara diatas tidak terpisahkan sama sekali.
Seorang muslim yang tidak membenarkan ajaran Allah dalam hatinya bahkan
membencinya, meskipun kelihatan mengamalkan sebahagian ajaran Islam adalah
munafiq I’tiqodi yang terlaknat. Muslim
yang meyakini kebenaran ajaran Islam dan menyatakan syahadatnya dengan lisan
tetapi tidak mengamalkan dalam kehidupan adalah munafiq amali. Sifat nifaq dapat terjadi sementara terhadap
seorang muslim oleh karena berdusta, menyalahi janji atau berkhianat.
Dalil :
·
Q.49:15,
4:65, 33:36, Iman adalah keyakinan tanpa keraguan, penerimaan menyeluruh tanpa
rasa keberatan, kepercayaan tanpa pilihan lain terhadap semua keputusan
Allah. Q.3:64, sikap hidup yang
merupakan cermin identiti Islam.
·
Q.4:123-125,
Iman bukanlah hanya angan-angan, tetapi sesuatu yang tertanam di dalam hati dan
harus diamalkan dalam bentuk praktikal. Amal
yang dikerjakan harus merupakan amal sholeh yang dilakukan dengan ihsan dan
penyerahan yang sempurna kepada kehendak Allah.
Dalam melakukan amal tersebut, seorang mukmin merasa dikawal oleh Allah
SWT.
·
Q.2:80,
diantara kekeliruan ummat Islam adalah mencontoh sikap Yahudi. Misalnya merasa bahawa neraka merupakan
siksaan yang sebentar sehingga tidak apa memasukinya. Atau mereka merasa akan masuk surga
semata-mata karena imannya sehingga tidak perlu beramal sholeh lagi.
·
Q.2:8,
63:1-2, 48:11, Ucapan lisan tanpa membenarkan dengan hati adalah sikap nifaq
I’tiqodi. Berbicara dengan mulutnya
sesuatu yang tidak ada dalam hatinya.
·
Hadits. Tanda-tanda munafiq ada tiga. Jika salah satu ada pada seseorang, maka ia
merupakan munafiq sebahagian. Bila
keseluruhannya terdapat, maka ia munafiq yang sesungguhnya iaitu : bila
berbicara ia berdusta, bila berjanji menyalahi, dan bila diberi amanah ia
berkhianat. Ketiga tanda ini termasuk
jenis munafiq amali.
·
Imam
Hasan Basri berkata, “Iman bukanlah angan-angan, bukan pula sekedar hiasan,
tetapi keyakinan yang hidup di dalam hati dan dibuktikan dalam amal perbuatan”.
3. Istiqomah.
Sarahan :
Keimanan
seseorang muslim yang mencakupi tiga unsur di atas mesti selalu dipelihara dan
dijaga dengan sikap istiqomah. Istiqomah
adalah konsisten, tetap dan teguh. Tetap
pada pendirian, tidak berubah dan tahan uji.
Sikap istiqomah akan melahirkan tiga hal yang merupakan ciri orang-orang
beriman sempurna, iaitu :
·
Syajaah
(keberanian) muncul karena keyakinan sebagai hamba Allah yang selalu dibela dan
didukung Allah. Tidak takut menghadapi
tantangan hidup, siap berjuang untuk tegaknya yang haq (benar). Keberanian juga bersumber kepada keyakinan
terhadap qadha dan qadar Allah yang pasti.
Tidak takut pada kematian karena kematian di jalan Allah merupakan
anugerah yang selalu dirindukannya.
·
Itminan
(ketenangan) berasal dari keyakinan terhadap perlindungan Allah yang memelihara
orang-orang mukmin secara lahir dan batin.
Dengan senantiasa ingat pada Allah dan selalu berpanduan kepada petunjukNya
(kitabullah dan sunnah), maka ketenangan akan selalu hidup di dalam hatinya.
·
Tafaul
(optimis), meyakini bahawa masa depan adalah milik orang-orang yang
beriman. Kemenangan ummat Islam dan
kehancuran kaum kufar sudah pasti.
Mukmin menyadari bahawa amal perbuatan yang dilakukannya tidak akan
sia-sia, melainkan pasti dibalas Allah dengan pembalasan yang sempurna.
Dalil :
·
Q.11:112-113,
istiqomah artinya tidak menyimpang atau cenderung pada kekufuran. Q.17:73-74, istiqomah tetap teguh, tahan dan
kuat dalam menghadapi dan melaksanakan perintah Allah. Q.42:15, terus berjuang menyampaikan ajaran
Allah dengan tidak mengikuti hawa nafsu.
Hadits : Abi Amr atau Abi Amrah Sofyan bin Abdillah, ia berkata : “aku
berkata : Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku tentang suatu perkataan yang aku
tak akan dapat menanyakannya kepada seseorang kecuali kepadamu’. Bersabdalah Rasulullah, katakanlah : aku
telah beriman kepada Allah, kemudian berlaku istiqomahlah kamu”. (Muslim).
·
Q.41:30-32,
orang yang beristiqomah didukung Malaikat yang akan menjadikannya berani,
tenang dan optimis. Q.9:52, sumber
keyakinan tentang qadha dan qadar yang menimbulkan keberanian, kecelakaan atau
kemudharatan hanyalah ketentuan Allah belaka.
Q.3:157-158, kemuliaan merupakan anugerah Allah bagi orang-orang mukmin
sehingga mereka tidak takut menyampaikan risalah kebenaran, lihat Q.33:39.
·
Q.13:28,
ketenangan dapat diperoleh dengan mengingat Allah. Q.47:7, 3:173, 33:23, ketenangan yang
diperoleh karena tawakkal terhadap janji perlindungan Allah yang pasti sehingga
timbul pula keberanian menghadapi musuh.
Ibnu Taimiyah berkata, “apa yang hendak dilakukan musuh-musuhku
terhadapku ? Sesungguhnya surga aku
terletak dihatiku. Dimanapun aku berada
ia selalu bersamaku. Sesungguhnya
kematianku adalah syahid. Penjaraku
adalah rasa manis, sedangkan mengusirku bagiku adalah travelling. Ibnu Qayyim mengambil perkataan seorang alim
“sesungguhnya kita berada dalam kelezatan (hati) yang seandainya anak-anak raja
mengetahuinya tentu mereka ingin mengambilnya dengan pedang-pedang mereka.
·
Q.3:160,
optimis bahawa dengan pertolongan Allah tak akan ada yang dapat
mengalahkan. Q.33:22-23, contoh optimis
para sahabat Rasul di perang Ahzab.
Hadits, Rasulullah yakin akan mengalahkan Rumawi dan Parsi dengan menjanjikan
kepada Saraqah bin Malik akan memberikan gelang dan mahkota Parsi dengan
keislamannya. Hal ini kemudian terbukti
dengan kemenangan kaum muslimin dalam perang Qadissiyya.
4. Assa’adah.
Sarahan :
Ketiga hasil istiqomah tadi akan
membuat kebahagiaan bagi orang yang memilikinya. Jadi hanya syahadah sejati dapat menimbulkan
sa’adah. Hanya Islam dengan konsep
syahadah yang dapat memberikan kebahagiaan kepada manusia di dunia maupun di
akhirat.
Dalil :
·
Al-Qur’an
banyak menyebutkan bahwa orang beriman akan mendapatkan kebahagiaan atau
hasanah di dunia ataupun di akhirat.
Ringkasan
Dalil :
·
Kandungan kata
“Syahadah”
a. Iqrar (pengakuan) (3:18,81)
b. Sumpah (63:2, 24:6,8)
c.
Perjanjian (3:81, 5:7, 2:26-27)
·
Iman (2:285)
a. Perkataan
b. Membenarkan
c.
Amal
·
Istiqomah (41:30)
a. Berani (41:30, 5:52)
b. Tenang (41:30, 13:28)
c.
Optimis (41:30, 24:55)
·
Bahagia (3:185)
A-3. MAKNA ILAH
Objektif
1. Mampu menyebut kata
dasar “ilah” dan pengertiannya.
2. Mampu mendefinisikan
“al Ilah” dan “al Ma’bud”.
3. Menyadari penting
pengertian al Ilah dan al Ma’bud terhadap dirinya.
Sinopsis
Kalimat
Laa ilaha illa Allah tidak mungkin difahami kecuali dengan memahami terlebih
dahulu ma’na ilah yang berasal dari ‘aliha’ yang memiliki berbagai macam
pengertian. Dengan memahaminya kita
mesti mengetahui motif-motif manusia
mengilahkan sesuatu. Ada empat makna
utama dari aliha iaitu sakana ilahi, istijaaro bihi, asy syauqu ilaihi dan
wull’a bihi. Aliha bermakna abaduhu
(mengabdi/menyembahnya) kerana empat perasaan itu demikian mendalam dalam
hatinya, maka dia rela dengan penuh kesadaran untuk menghambakan diri kepada
ilah (sembahan) tersebut. Dalam hal ini
ada tiga sikap yang mereka berikan terhadap ilahnya iaitu kamalul mahabah,
kamalut tadzalul, dan kamalul khudu’. Al
ilah dengan ma’rifat iaitu sembahan yang sejati hanyalah hak Allah sahaja,
tidak boleh diberikan kepada selainNya.
Dalam menjadikan Allah sebagai Al Ilah terkandung empat pengertian iaitu
al marghub, al mahbub, al matbu’ dan al marhub.
Al ma’bud merupakan sesuatu yang disembah secara mutlak. Kerana Allah adalah satu-satunya Al Ilah,
tiada syarikat kepadaNya, maka Dia adalah satu-satunya yang disembah dan diabdi
oleh seluruh kekuatan yang ada pada manusia.
Pengakuan Allah sebagai al Ma’bud dibuktikan dengan penerimaan Allah
sebagai pemilik segala loyaliti, pemilik ketaatan dan pemilik hukum.
Hasyiah
1. Aliha.
Sarahan :
·
Mereka
tenteram kepadanya (sakana ilaihi) iaitu ketika ilah tersebut diingat-ingat
olehnya, ia merasa senang dan manakala mendengar namanya disebut atau dipuji
orang ia merasa tenteram.
·
Merasa
dilindungi oleh-Nya (istijaaro bihi), karena ilah tersebut dianggap memiliki
kekuatan ghaib yang mampu menolong dirinya dari kesulitan hidup.
·
Merasa
selalu rindu kepadanya (assyauqu ilaihi), ada keinginan selalu bertemu
dengannya, samada berterusan atau tidak.
Ada kegembiraan apabila bertemu dengannya.
·
Merasa
cinta dan cenderung kepadanya (wull’a bihi).
Rasa rindu yang menguasai diri menjadikannya mencintai ilah tersebut,
walau bagaimanapun keadaannya. Ia selalu
beranggapan bahawa pujaannya memiliki kelayakan dicintai sepenuh hati.
Dalil :
·
Perkataan
orang Arab : “saya merasa tenteram kepadanya”, “si fulan meminta perlindungan
kepadanya”, “si fulan merasa rindu kepadanya”, “anak itu cenderung kepada
ibunya”.
·
Q.10:7-8,
manusia yang mengilahkan kehidupan dunia merasa tenteram dengan hidup dunia,
Q.7:138, bani Israel yang bodoh menghendaki adanya ilah yang dapat
menenteramkan hati mereka.
·
Q.72:6,
manusia memperilah jin dengan meminta perlindungan kepadanya. Q.36:74-75, orang-orang musyrik mengambil
pertolongan dari selain Allah padahal semuanya tidak dapat menolong kita, lihat
Q.7:197.
·
Q.2:93,
20:91, bani Israel larut dalam kerinduan yang berlebihan terhadap ijla (anak
lembu) yang dijadikannya ilah. Q.26:71,
para penyembah berhala sangat tekun melakukan pengabdian karena selalu rindu
padanya.
·
Q.29:25,
berhala-berhala adalah menyatukan bangsa yang sangat disenangi oleh orang-orang
musyrik. Q.2:165, tandingan (andad)
merupakan sembahan-sembahan selain Allah yang dicintai oleh orang-orang musyrik
sama dengan mencintai Allah karena mereka sangat cenderung atau dikuasai
olehnya.
2. Abadahu.
Sarahan :
·
Dia
amat sangat mencintainya (kamalul mahabbah), sehingga semua akibat cinta siap
dilaksanakannya. Maka diapun siap
berkorban memberi loyaliti, taat dan patuh dan sebagainya.
·
Dia
amat sangat merendahkan diri di hadapan ilahnya (kamalut tadzulul). Sehingga menganggap dirinya sendiri tidak
berharga, sedia bersikap rendah serendah-rendahnya untuk pujaannya itu.
·
Dia
amat sangat tunduk, patuh (kamalul khudu’).
Sehingga akan selalu mendengar dan taat tanpa reserve, serta
melaksanakan perintah-perintah yang menurutnya bersumber dari sang ilah.
Dalil :
·
Perkataan
orang Arab aliha adalah abadahu. Seperti
aliha rajulu ya-lahu (lelaki itu
menghambakan diri pada ilahnya).
·
Q.39:45,
orang kafir yang menjadikan sesuatu selain Allah sebagai ilahnya demikian
senangnya apabila mendengar nama kecintaannya serta tidak suka apabila nama
Allah disebut. Hadits, sabda Rasulullah
SAW, “Celakalah hamba dinar (wang emas), celakalah hamba dirham (wang perak),
celakalah hamba pakaian (mode). Kalau
diberi maka ia redha, sedangkan apabila tidak diberi maka ia akan kesal. Ini disebabkan kecintaan yang amat sangat
terhadap barang-barang tersebut.
·
Q.71:23,
orang-orang kafir sangat menghormati berhala-berhalanya sembahannya. Q.21:59, 68, reaksi orang musyrik yang marah
karena berhala-berhalanya dipermalukan oleh Nabi Ibrahim AS. Mereka menghukum Nabiyullah untuk membela
berhala-berhala. Ini karena rasa rendah
diri dan hormat terhadap berhala-berhala tersebut.
·
Q.36:60,
orang-orang kafir pada hakikatnya mengabdi kepada syaithan yang memperdaya
mereka. Q.6:137, orang-orang kafir
demikian patuhnya sehingga bersedia membunuh anak-anaknya untuk mengikuti
program ilah-ilah sembahannya.
3. Al Ilah.
Sarahan :
·
Al
Marghub iaitu dzat yang senantiasa diharapkan.
Karena Allah selalu memberikan kasih sayangNya dan di tangan Nyalah
segala kebaikan.
·
Al
Mahbub, dzat yang amat sangat dicintai karena Dia yang berhak dipuja dan
dipuji. Dia telah memberikan
perlindungan, rahmat dan kasih sayang yang berlimpah ruah kepada
hamba-hambanya.
·
Al
Matbu’ yang selalu diikuti atau ditaati.
Semua perintahNya siap dilaksanakan dengan segala kemampuan sedang semua
laranganNya akan selalu dijauhi. Selalu
mengikuti hidayah atau bimbinganNya dengan tanpa pertimbangan. Allah sahaja yang sesuai diikuti secara
mutlak, dicari dan dikejar keredhaanNya.
·
Al
Marhub, sesuatu yang sangat ditakuti.
Hanya Allah sahaja yang berhak ditakuti secara syar’i. Takut terhadap kemarahanNya, takut terhadap
siksaNya, dan takut terhadap hal-hal yang akan membawa kemarahanNya. Rasa takut ini bukan membuat ia lari, tetapi
membuatnya selalu mendekatkan diri kepada Allah.
Dalil :
·
Q.2:163-164,
Allah adalah ilah yang esa tiada Ilah selain Dia, dengan rahmat dan kasih
sayangnya yang teramat luas.
·
Q.2:186,
40:60, 94:7-8, hanya Allah yang sesuai diharap karena Ia maha memberi atau
mengabulkan do’a hambaNya. Q.21:90-91,
orang-orang mukmin menghambakan diri kepada Allah dengan harap dan cemas.
·
Q.2:165,
Allah adalah kecintaan orang yang mukmin dengan kecintaan yang amat
sangat. Q.8:2, sehingga ketika disebut
nama Allah bergetar hatinya. Q.9:24,
Allah berada diatas segala kecintaan.
·
Q.51:50,
perintah Allah untuk bersegera menuju Allah karena hanya Allah sahaja yang
sesuai diikuti. Q.37:99, menuju Allah
untuk memperoleh bimbingan dan hidayahNya untuk diikuti.
·
Q.2:40,
9:13, 33:39, hanya Allah sahaja yang sesuai ditakuti dengan mendekatkan diri
kepadaNya.
4. Al Ma’bud.
Sarahan :
·
Pemilik
kepada segala loyaliti, perwalian atau pemegang otoriti atas seluruh makhluk
termasuk dirinya. Dengan demikian
loyaliti mukminan hanya diberikan kepada Allah dengan kesadaran bahawa loyaliti
yang diberikan pada selain Nya adalah kemusyrikan.
·
Pemilik
tunggal hak untuk ditaati oleh seluruh makhluk di alam semesta. Mukmin meyakini bahawa ketaatan pada
hakikatnya untuk Allah sahaja. Seorang
mukmin menyadari sepenuhnya bahawa mentaati mereka yang mendurhakai Allah
adalah kedurhakaan terhadap Allah.
·
Pemilik
tunggal kekuasaan di alam semesta.
Dialah yang menciptakan dan berhak menentukan aturan bagi seluruh
ciptaanNya. Maka hanya hukum dan
undang-undangNya sahaja yang adil. Orang
mukmin menerima Allah sebagai pemerintah dan kerajaan tunggal di alam semesta
dan menolak kerajaan manusia.
Dalil :
·
Q.109:1-6,
pernyataan mukmin bahawa pengabdianNya hanya untuk Allah sahaja dan sekali-kali
tidak akan mengabdi selainNya. Q.16:36,
Rasul diutus dengan risalah pengabdian pada Allah sahaja dan menjauhi segala
yang diabdi selain Allah. Q.2:21,
perintah Allah untuk mengabdi kepadaNya sahaja dengan tidak mengambil selain
Allah sebagai tandingan-tandingan.
·
Q.7:196,
pernyataan mukmin bahawa wali (pemimpin) nya hanya Allah sahaja. Q.2:257, berwalikan kepada Allah melepaskan
manusia dari kegelapan jahiliyah menuju cahaya Islam.
·
Q.7:54,
hak menciptakan dan hak memerintah hanyalah milik Allah. Mukmin hanya mengakui kerajaan Allah. Hadits, mukmin hanya akan taat pada sesuatu
yang diizinkan Allah, Rasul dan ulil amri.
Mukmin tidaklah akan mentaati perintah maksiat kepada Allah.
·
Q.12:40,
hak menentukan hukum dan undang-undang hanyalah hak Allah. Q.24:1, Allah mewajibkan manusia melaksanakan
hukum-hukumNya. Q.5:44,45,47 mereka yang
menolak aturan atau hukum Allah adalah kafir, zalim dan fasik. Ini artinya pemerintahan Allah sahaja yang
boleh tegak sedang pemerintahan manusia adalah batil.
Ringkasan
Dalil :
·
Kandungan makna
(aliha, ya-lahu, ilahan) :
a. Merasa tenang padanya (10:7)
b. Melindungi diri
padanya (72:6)
c.
Selalu
rindu padanya (7:138)
d. Mencintainya (2:165)
·
(Aliha) membawa
arti (Abadahu) :
a. Sempurna mencintai
b. Sempurna menghinakan
diri
c.
Sempurna
menundukkan diri
·
Kandungan kata
(Al-Ilah) :
a. Yang diharapkan
b. Yang ditakuti
c.
Yang
diikuti
d. Yang dicintai
·
(Al Ilah) membawa
arti (Al Ma’bud) :
a. Yang layak diberikan
kepadanya wala’
b. Yang wajib diberikan
kepadanya ketaatan
c.
Yang
wajib diberikan kepadanya authoriti
A-4. AL WALA’ WAL BARRA
Objektif
1. Memahami bahawa Laa
ilaha illa Allah dan Muhammad Rasulullah adalah dasar seluruh ajaran Islam.
2. Menyedari bahawa Laa
ilaha illa Allah mengandungi erti menolak segala sembilan selain Allah dan
hanya menerima Allah sahaja sebagai satu-satunya sembahan.
3. Menyedari bahawa
memberikan loyaliti kepada Allah dan Rasul dengan beribadah yang ikhlas kepada
Allah serta mengikut sunnah adalah wajib.
Sinopsis
Kalimat
laa ilaha illa Allah terdiri dari 3 jenis huruf (alif, lam dan ha) serta 4 kata
(Laa, ilaha, illa, Allah) tetapi mengandung pengertian yang mencakup seluruh
ajaran Islam. Keberadaan kata ini adalah
Wala terhadap Allah dan Bara terhadap selain Allah. Bagi muslim sikap ini merupakan sikap hidup
yang inti dan warisan para nabi.
Penyimpangan dari sikap ini tergolong dosa besar yang tidak diampuni
(syirik). Dengan sikap Wala dan Bara
seorang mu’min akan selalu mengarahkan dirinya kepada Allah di setiap
perbuatannya. Untuk memahami wala dan
bara ini kita perlu mengkaji unsur-unsur kalimatnya, seperti laa, ilaha, illa
dan sebagainya. Kalimah Muhammad
Rasulullah merupakan bahagian kedua dari syahadatain. Didalamnya terkandung suatu pengakuan tentang
kerasulan Muhammad SAW. Ertinya di dalam
rangka mengamalkan Wala dan Bara yang terkandung di dalam Laa ilaha illa Allah
maka mesti mengikuti petunjuk dan jejak langkah Muhammad SAW. Beliau mendapatkan pengesahan Ilahi untuk
menunjukkan kebenaran dan melaksanakannya.
Maka beliau merupakan teladan pelaksanaan Wala dan Bara.
Hasyiah
1. Laa Ilaha Illa Allah.
a.
Laa (tidak ada – penolakan)
Kata penolakan yang mengandung
pengertian menolak semua unsur yang ada di belakang kata tersebut.
b.
Ilaha (sembahan – yang ditolak)
Sembahan iaitu kata yang ditolak
oleh laa tadi, iaitu segala bentuk sembahan yang bathil (lihat A3). Dua kata ini mengandung pengertian bara
(berlepas diri).
c.
Illa (kecuali - peneguhan)
Kata pengecualian yang berarti
meneguhkan dan menguatkan kata di belakangnya sebagai satu-satunya yang tidak
ditolak.
d.
Allah (yang diteguhkan atau yang dikecualikan)
Kata yang dikecualikan oleh
illa. Lafzul jalalah (Allah) sebagai
yang dikecualikan.
Dalil :
·
Q.16:36,
inti dakwah para Nabi adalah mengingkari sembahan selain Allah dan hanya
menerima Allah sahaja sebagai satu-satunya sembahan.
·
Q.4:48,
4:116, bahaya menyimpang dari Tauhid.
Syirik merupakan dosa yang tidak diampuni.
·
Q.47:19,
dosa-dosa manusia diakibatkan kelalaian memahami makna tauhid.
·
Q.7:59,65,73,
beberapa contoh dakwah para nabi yang memerintahkan pengabdian kepada Allah dan
menolak ilah-ilah yang lain.
·
Hadits. Ikatan yang paling kuat dari pada iman adalah
mencintai karena Allah dan membenci karena Allah.
·
Hadits. Barang-siapa yang mencintai karena
Allah,membenci karena Allah, memberi karena Allah dan melarang karena Allah,
maka ia telah mencapai kesempurnaan Iman.
2. Bara (pembebasan).
Merupakan hasil kalimat Laa ilaha
illa yang artinya membebaskan diri daripada segala bentuk sembahan. Pembebasan ini berarti : mengingkari,
memisahkan diri, membenci, memusuhi dan memerangi. Keempat perkara ini ditunjukkan pada segala
ilah selain Allah samada berupa sistem, konsep maupun pelaksana.
Dalil :
·
Q.60:4,
contoh sikap bara yang diperlihatkan Nabi Ibrahim AS dan pengikutnya terhadap
kaumnya. Mengandung unsur mengingkari,
memisahkan diri, membenci dan memusuhi.
·
Q.9:1,
sikap bara berarti melepaskan diri seperti yang dilakukan oleh Rasul terhadap
orang-orang kafir dan musyrik.
·
Q.47:7,
sikap bara adalah membenci kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan.
·
Q.58:22,
sikap bara dapat diartikan juga memerangi dan memusuhi meskipun terhadap
familinya. Contohnya Abu Ubaidah
membunuh ayahnya, Umar bin Khattab membunuh bapa saudaranya, sedangkan Abu
Bakar hampir membunuh putranya yang masih musyrik. Semua ini berlangsung di medan perang.
·
Q.26:77,
Nabi Ibrahim menyatakan permusuhan terhadap berhala-berhala sembahan kaumnya.
3. Hadam (penghancuran).
Sikap bara dengan segala
akibatnya melahirkan upaya menghancurkan segala bentuk pengabdian terhadap
tandingan-tandingan maupun sekutu-sekutu selain Allah, apakah terhadap diri,
keluarga maupun masyarakat.
Dalil :
·
Q.21:57-58,
Nabi Ibrahim berupaya menghancurkan berhala-berhala yang membodohi masyarakatnya
pada masa itu. Cara ini sesuai pada masa
itu tetapi pada masa Rasulullah, Rasul SAW menghancurkan akidah berhala dan
fikrah yang menyimpang terlebih dahulu.
Setelah fathu Mekkah, kemudian 360 berhala di sekitar Ka’bah dihancurkan
oleh Rasul.
4. Al Wala (loyaliti).
Kalimat Illa Allah berarti
pengukuhan terhadap wilayatulLlah (kepemimpinan Allah). Artinya : selalu mentaati, selalu mendekatkan
diri, mencintai sepenuh hati, dan membela, mendukung dan menolong. Semua ini ditujukan kepada Allah dan segala
yang diizinkan Allah seperti Rasul dan orang yang beriman.
Dalil :
·
Q.5:7,
2:285, Iman terhadap kalimat suci ini berarti bersedia mendengar dan taat.
·
Q.10:61,62,
jaminan Allah terhadap yang menjadi wali (kekasih) Allah karena selalu dekat
kepada Nya.
·
Q.2:165,
wala kepada Allah menjadikan Allah sangat dicintai, lihat 9:24.
·
Q.61:14,
sebagai bukti dari wala adalah selalu siap mendukung atau menolong dien Allah.
5. Al Bina (membangun).
Sikap wala beserta segala
akibatnya merupakan sikap mukmin membangun hubungan yang kuat dengan Allah,
Rasul dan orang-orang mukmin. Juga
berarti membangun sistem dan aktiviti Islam yang menyeluruh pada diri,
keluarga, maupun masyarakat.
Dalil :
·
Q.22:41,
ciri mukmin adalah senantiasa menegakkan agama Allah.
·
Q.24:55,
posisi kekhilafahan Allah peruntukkan bagi manusia yang membangun dienullah.
·
Q.22:78,
jihad di jalan Allah dengan sebenarnya jihad adalah upaya yang tepat membangun
dienullah.
6. Ikhlas.
Keikhlasan iaitu pengabdian yang
murni hanya dapat dicapai dengan sikap bara terhadap selain Allah dan
memberikan wala sepenuhnya kepada Allah.
Dalil :
·
Q.98:5,
mukmin diperintah berlaku ikhlas dalam melakukan ibadah.
·
Q.39:11,14,
sikap ikhlas adalah inti ajaran Islam dan pengertian dari Laa ilaha illa Allah.
7. Muhammad Rasulullah.
Konsep Wala dan Bara ditentukan
dalam bentuk :
a.
Allah
sebagai sumber.
Allah sebagai sumber wala, dimana
loyaliti mutlak hanya milik Allah dan loyaliti lainnya mesti dengan izin Allah.
b.
Rasul
sebagai cara (kayfiyat).
Pelaksanaan Wala terhadap Allah
dan Bara kepada selain Allah mengikuti cara Rasul.
c.
Mukmin
sebagai pelaksana.
Pelaksana Wala dan Bara adalah
orang mukmin yang telah diperintahkan Allah dan dicontohkan Rasulullah.
·
Dalam
pelasaksanaan Bara, Rasulullah memisahkan manusia atas muslim dan kafir. Hizbullah dengan Hizbus Syaithan. Orang-orang mukmin adalah mereka yang
mengimani Laa ilaha illa Allah dan Muhammad Rasulullah sedangkan orang kafir
adalah mereka yang mengingkari salah satu dari dua kalimah syahadat atau
kedua-duanya.
·
Orang-orang
beriman wajib mengajak orang kafir kepada jalan Islam dengan dakwah secara
hikmah dan pengajaran yang baik. Apabila
mereka menolak, kemudian menghalangi jalan dakwah maka mereka boleh diperangi
sampai mereka mengakui ketinggian kalimah Allah.
·
Hubungan
kekeluargaan seperti ayah, ibu, anak tetap diakui selama bukan dalam
kemusyrikan atau maksiat terhadap Allah.
·
Dengan
demikian pelaksanaan Wala dan Bara telah ditentukan caranya. Kita hanya mengikut apa yang telah
dicontohkan Rasulullah SAW.
Dalil :
·
Q.5:55-56,
Allah, Rasul dan orang-orang mukmin adalah wali orang yang beriman.
·
Q.4:59,
ketaatan diberikan hanya kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri dari kalangan
mukmin.
·
Q.5:56,
orang-orang yang memberikan wala kepada Allah, Rasul dan orang-orang mukmin
adalah Hizbullah (golongan Allah), lihat pula 58:22. Selain golongan ini adalah Hizbus Syaithan.
·
Q.60:7-9,
kebolehan bergaul dengan orang kafir dengan batas-batas tertentu. Asbabun Nuzul ayat ini berkaitan dengan Asma
binti Abu Bakar yang tidak mengizinkan ibunya masuk rumahnya sebelum mendapat
izin dari Rasulullah, lihat pula 31:15.
Ringkasan
Dalil :
·
Laa ilaha illa
Allah :
(Laa) adalah perkataan penolakan, (ilaha) adalah yang ditolak.
·
Al Baro’ (melepaskan diri) (60:4, 7:59, 65, 73, 85) :
·
Mengingkari
·
Membenci
·
Memusuhi
·
Memutus hubungan
·
Menghancurkan
·
Illa (melainkan) adalah ungkapan pengukuhan (isbat).
·
Allah adalah yang dikukuhkan (diisbatkan).
·
Al Wala’/loyaliti (7:196, 5:55, 4:59, 5:7, 47:7, 2:165, 3:31) adalah :
·
Taat
·
Mendekati
·
Membela
·
Mencintai
·
Membangun
·
Menghancurkan dan
membangun adalah makna Ikhlas (98:5, 39:11,14).
·
Muhammadu
Rasulullah – Konsep Al Wala’ dan Al Barro’ :
·
Allah adalah sumber nilainya (2:147, 7:2)
·
Rasul adalah contoh pelaksanaannya (33:21, 59:7)
·
Orang mukmin adalah pelaksananya (33:36, 35:32)
·
Kaifiyat “Membina”
dan “Menghancurkan” adalah dengan “ittiba’ (3:31).
A-5. KALIMATULLAH HIYAL ULYA
Objektif
1. Memahami bahwa dua
kalimah syahadah adalah konsep Allah yang wajib dijunjung tinggi.
2. Memahami perbedaan
antara konsep tauhid dengan konsep syirik baik dalam teori maupun praktikal.
3. Menyadari bahawa
jahiliyah itu lemah dan rendah sedangkan Islam dengan konsep syahadatain itu
kuat, kukuh dan tinggi.
Sinopsis
Kalimah
Allah adalah yang paling tinggi. Islam
sebagai dien mempunyai konsep yang jelas, lengkap dan dapat dibuktikan
kebenarannya. Sedangkan konsep atau
sistem selain Islam adalah buatan manusia yang tidak lengkap, tidak jelas dan
bersifat berubah atau sementara. Konsep
Islam dilandasi oleh syahadatain, sedangkan selain Islam menjadikan pemikiran
jahiliyah dasarnya. Syahadah adalah
kalimah yang tinggi yang dijadikan sebagai kalimah tauhid dan kalimah
taqwa. Gambaran kalimah tauhid ini di
dalam Al-Qur’an adalah kalimah toyyibah iaitu kalimah yang teguh dan kuat. Pemikiran jahiliyah sebagai landasan dari
konsep selain Islam merupakan kalimat syirik yang menjadi saingan konsep dan
sistem Islam. Konsep jahili berdasarkan
semangat jahiliyah seperti materialisme, kapitalisme, komunisme dan isme
lainnya. Isme-isme ini tidak mempunyai
kekuatan sebagai kalimah khobitsah yang lemah dan tidak kuat.
Hasyiah
1. Dua Kalimah Syahadah.
Sarahan :
·
Dua
kalimah syahadah merupakan inti dari dienul Islam. Dasar utamanya adalah wahyu yang dalam bentuk
kitab dan sunnah. Islam mengandungi
ketinggian nilai yang tidak dapat dibandingkan dengan konsep, sistem dan agama
lainnya.
·
Pemikiran-pemikiran
jahiliyah adalah inti daripada konsep dan pandangan jahiliyah. Termasuk dalam kelompok ini adalah segala
bentuk isme (faham) misalnya materialisme, komunisme, kapitalisme, nasionalisme,
humanisme, idealisme dan berbagai bentuk ideologi samada bersifat lokal maupun
bersifat internasional. Dasar utamanya
adalag ro’yu (akal) sahaja.
Dalil :
·
Q.3:18,
pernyataan Allah tentang keesaanNya menunjukkan bahawa ini merupakan inti dari
seluruh ajaran Islam.
·
Q.42:52,55,
dasar Islam adalah wahyu dan bukan ra’yu.
·
Q.53:4,
perkataan Rasulullah sebagai salah satu sumber nilai Islam bukanlah merupakan
hawa nafsu melainkan juga wahyu.
·
Hadits. Sabda Rasulullah kepada Abdullah bin Amru bin
Ash : “Tulislah, demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya. Tidak keluar dari lidahku ini kecuali
kebenaran”.
·
Q.10:36,
53:23, orang-orang kafir mengikuti isme-isme yang berdasarkan dzan dan hawa
nafsu manusia.
·
Q.6:116,
konsep demokrasi adalah hawa nafsu manusia.
2. Konsep Islam VS Jahiliyah.
Sarahan :
·
Konsep
Islam merupakan ajaran yang bersumber dari Allah yang Maha Tinggi, tanpa
dicampuri oleh pemikiran manusia. Karena
Allah Maha Mengetahui maka Islam adalah ilmu yang dalam. Karena Allah Maha Hidup maka Islam merupakan
panduan hidup. Karena Allah Maha
Bijaksana maka Islam adalah hukum-hukum yang adil dan bijaksana. Islam merupakan perwujudan sifat Allah yang
membimbing dan memimpin manusia menuju kepada kebahagiaan yang sejati.
·
Konsep
orang kafir menjadikan selain Islam sebagai panduannya misalnya pandangan bukan
dari Allah, Rasul dan DienNya. Mereka
merupakan orang yang bodoh (jahil) terhadap kebenaran. Keingkaran mereka menunjukkan kehinaan dan
kerendahan yang tidak berarti dibandingkan dengan ketinggian Allah. Konsep hidup mereka tidak boleh diikuti oleh
manusia.
Dalil :
·
Hadits. Sabda Rasulullah SAW, “Islam itu tinggi dan
tiada yang melebihi ketinggiannya”.
·
Q.2:120,
petunjuk Allah yang sebenar-benarnya petunjuk.
Q.10:35, Allah menunjuki kepada kebenaran selain Allah hanya
menyesatkan. Maka Allah sahaja yang
sesuai untuk diikuti.
·
Q.6:115,
kesempurnaan, ketepatan dan keadilan kalimah Allah. Q.54:5, kedalaman pengeta huan Allah. Q.86:13, kalimah Allah sangat tegas dan bukan
permainan (56:12).
·
Q.9:40,
kalimah Allah yang tinggi sedangkan konsep orang-orang kafir itu rendah. Q.6:112, orang-orang kafir saling memberikan
pandangan yang menipu manusia dengan hiasan kalimat-kalimat yang indah.
·
Q.28:49-50,
menolak kitabullah berarti mengikuti hawa nafsu. Lihat pula 33:72, 30:29. Konsep orang-orang zalim berdasarkan hawa
nafsu dan kesesatan mereka.
3. Kalimah Taqwa VS Kesombongan Jahiliyah.
Sarahan :
·
Kalimat
Taqwa. Konsep Islam yang tinggi itu
merupakan sumber ketaqwaan dan kebajikan.
Mengucapkan sahaja ibadah, apalagi mempelajari, menghayati dan
mengamalkannya. Hanya konsep inilah yang
dapat membentuk pribadi taqwa dan akhlak mulia.
·
Kesombongan
Jahiliyah. Selain konsep Islam maka
konsep itu adalah jahiliyah hanya berupa slogan yang menunjukkan kesombongan
dan kebanggaan orang-orang yang bodoh.
Tak terbukti di dalam kenyataan, hanya teori-teori kosong yang
dusta. Masyarakat yang dibentuknya
menjadi masyarakat yang kufur dan bergelimang dalam maksiat.
Dalil :
·
Q.9:108,
mendasari kehidupan dengan laa ilaha illa Allah diperumpamakan membangun dengan
landasan taqwa.
·
Q.2:21,
2:183, 2:178, tujuan dan penghambaan Islam adalah membentuk pribadi taqwa. Hanya dengan melaksanakan syahadatain secara
murni dan hasil taqwa dapat dicapai.
·
Q.3:133-135,
contoh konsep taqwa yang disajikan oleh kitabullah. Q.39:33, membenarkan kitabullah jalan menuju
taqwa.
·
Q.48:26,
orang-orang kafir menanamkan kecintaan pada konsep mereka. Sedangkan Allah mewajibkan pengkajian kalimat
taqwa. Q.43:51-54, penguasa sistem
jahiliyah membanggakan kekuasaan dan kekayaan mereka untuk menipu rakyat. Q.40:26, penguasa berdalih stabiliti
kekuasaannya menjelekkan pembawa kebenaran.
4. Kalimah Tauhid VS Kalimah Syirik.
Sarahan :
·
Konsep
Tauhid. Syahadatain dengan Islam sebagai
penjelasannya merupakan konsep yang mengesakan Allah. Manusia dibawa pada satu tujuan dan orientasi
iaitu mencari keredhaan Allah Yang Maha Esa.
Konsep ini mampu menyatukan manusia dari berbagai jenis suku dan bangsa,
dari berbagai latar belakang budaya dalam satu ikatan aqidah tauhid yang punya
satu kepentingan, tegaknya kalimat Allah yang tinggi.
·
Konsep
Syirik. Di dalam jahiliyah manusia
saling memperbudak satu dengan lainnya, atau diperbudak oleh materi. Tujuan dan orientasi mereka bermacam-macam
dan berbeda-beda. Karenanya mereka
saling mengeksploitasi. Yang satu ingin
menguasai yang lain. Jiwa dan
kepribadian mereka berpisah, tiada ruh yang dapat melandasi kesatuan dan
persatuan.
Dalil :
·
Dengan
berpegang teguh kepada tauhidullah ummat dapat bersatu. Q.21:92, Islam adalah ajaran Tauhid yang
memiliki hanya satu ummat. Q.49:13,
konsep Islam tentang kesatuan manusia dengan menjadikan taqwa sebagai timbangan
kemuliaan dan kehinaan manusia.
·
Q.3:64,
konsep di luar Islam hanya membawa kepada kemusyrikan, menghasilkan perbudakan
antara manusia. Q.16:75-76, kehinaan
ilah-ilah kaum musyrikin yang menjadi beban bagi penyembahnya. Q.39:29, gambaran orang yang berada di dalam
konsep syirik dibandingkan dengan konsep tauhid. Q.59:.., kamu kira musuh Allah itu bersatu
padahal mereka bercerai berai.
5. Kalimah Yang Baik VS Kalimah Tak Baik.
Sarahan :
·
Konsep
yang baik. Karena membawa kepada
ketaqwaan dan persatuan maka Islam merupakan konsep yang baik. Ibarat pohon yang baik, ia akan berakar
dihati manusia yang suci (fitrah), kuat dan tertunjang dalam keyakinan dan
kepribadian mereka. Kalimah yang baik
melahirkan manusia yang membentuk peradaban mulia dan bermanfaat di dunia. Bila tiba masanya pohon Islam akan menghasilkan
buah yang lezat lagi berkhasiat.
·
Konsep
yang buruk. Karena membawa kepada
kekufuran dan kemaksiatan, maka jahiliyah merupakan sumber masalah bagi
manusia. Ia ibarat pohon yang buruk yang
telah tercabut dari akarnya, kering kerontang, mudah hancur. Tidak memberikan buah kebaikan sama sekali
bahkan menjadi sampah atau sumber penyakit.
Dalil :
·
Q.14:24-25,
syahadatain sebagai kalimah yang baik diumpamakan Allah bagaikan pohon yang
baik, akarnya tertunjang ke bumi dan batangnya menjulang ke angkasa (tertanam
baik di hati manusia karena selaras dengan fitrah). Pohon itu senantiasa memberikan buah yang
baik di setiap musim karena setiap muslim dalam berbuat baik mengharapkan redha
Allah yang kekal dan pasti. Sistem
tauhid ini menghasilkan manusia-manusia yang bermanfaat bagi dunia dan peradaban. Masyarakat tauhid ini tumbuh bagaikan pohon
pula, lihat 48:29.
·
Q.14:26,
konsep yang buruk ibarat pohon yang buruk.
Tidak tertanam dalam hati dan jiwa manusia karena bertentangan dengan
fitrah. Pribadi yang dihasilkan oleh
sistem jahiliyah adalah kosong dan tidak berarti, hanya pandai bersifat lidah
sahaja, berkata tetapi tidak diamalkan, lihat 2:204-205. Perumpamaan lainnya adalah kayu yang
tersandar. Kelihatannya kokoh tetapi
sebenarnya rapuh. Ini contoh tentang
munafiqin, lihat 63:4.
6. Kukuh VS Rapuh.
Sarahan :
·
Stabil
dan kukuh merupakan sifat Islam, tidak pernah mengalami kegoncangan. Tak lapuk dengan hujan dan angin, bahkan itu
akan menumbuhkan pohon Islam. Sebagai
kebenaran ia ibarat arus sungai yang deras, selalu teguh berterusan dan
menghantam batu karang.
·
Tidak
seimbang dan rapuh merupakan sifat dienul jahiliyah. Ia selalu mengalami pasang surut, berubah dan
berganti. Dapat lapuk ditelan masa. Sedikit sahaja mengalami goncangan ia akan
hancur. Sebagai kebatilan ia ibarat buih
di atas arus, akan lenyap dengan sendirinya.
Dalil :
·
Q.13:17,
kekukuhan al haq dalam menghadapi tantangan bagaikan air arus yang berjalan
terus. Hadits Rasulullah mengumpamakan
petunjuk yang dibawa oleh beliau seperti hujan dan air. Tergantung kesiapan tanah (jiwa manusia)
untuk menerimanya.
·
Q.14:27,
konsepsi ini membawa keteguhan kepada orang-orang yang mengikutinya. Allah meneguhkan orang-orang beriman dengan
ucapan yang teguh dalam kehidupan dunia maupun akhirat.
·
Q.85:6,
kemenangan aqidah adalah kemenangan hakiki yang dituju orang-orang beriman dalam
perjuangan.
·
Q.13:17,
kerapuhan jahiliyah bagaikan sampah, kelihatannya banyak tetapi mengikut sahaja
kemana pergi.
7. Kuat VS Lemah.
Sarahan :
·
Kuat
dan tewas, karena teguh dan kukuh maka sebagai konsepsi Islam tidak dapat
dikalahkan. Ditinjau dari sudut apapun
Islam unggul, tidak dapat ditandingi.
Peradaban dan warisannya penuh prestij dan prestij kemanusiaan. Seluruh ajaran Islam memiliki kekuatan dari
segi hujjah maupun realiti. Dari itu
ummat Islam harus kukuh dan kuat seperti Islam.
Berizzah yang tinggi karena prestasi yang dicapainya.
·
Lemah
dan selalu kalah, karena kegoncangan dan kerapuhannya maka jahiliyah ini sangat
lemah, mudah untuk dihancurkan. Tak ada
daya dan kekuatannya sama sekali. Para
pengikutnya menjadi orang-orang yang paling lemah, tanpa kepribadian, kecewa
dan pesimis. Tanpa prestasi dan prestij
sehingga tak ada harganya sama sekali.
Dalil :
·
Q.5:3,
orang-orang kafir putus asa untuk mengalahkan al Islam dari segi konsep
sehingga kita tak perlu takut kepada mereka.
·
Q.37:172-173,
5:56, jaminan Allah bagi kemenangan tentaraNya iaitu yang mengikuti sistem ini
dengan sesungguhnya.
·
Q.3:137-139,
fakta sejarah yang menunjukkan kekuatan kaum beriman.
·
Q.29:41,
kelemahan sistem yang dibangun oleh konsep syirik seperti sarang
laba-laba. Q.3:12, pernyataan Allah
bahawa pengikut kebatilan pasti kalah dan tempat mereka adalah neraka jahanam.
·
Q.16:26-27,
gambaran tentang cara Allah menghancurkan kebatilan secara sistematik iaitu
dengan menghabiskan asasnya terlebih dahulu.
Sedangkan kehinaan mereka sangat dekat waktunya karena akan datang
setelah kematian menimpa mereka.
Ringkasan
Dalil :
·
Konsep Islam :
·
Dasarnya
syahadatain
·
Kalimah
Allah tinggi (9:40) - Kalimah yang baik (14:24)
·
Kalimah
berorientasikan tauhid (112:1-3) -
Stabil (14:24)
·
Merupakan
kalimah taqwa (48:26) - Kuat (5:3,
58:21, H)
·
Konsep selain Islam
:
·
Dasarnya
pemikiran jahiliyah
·
Kalimah
orang-orang kafir (9:40) - Kalimah yang buruk (14:26)
·
Kalimah
berorientasikan syirik (39:64) - Goncang (14:26,
16:26)
·
Kebanggaan
jahiliyah (48:26) - Lemah (29:41)
A-6. MARAHIL TAFAUL BI SYAHADATAIN
Objektif
1. Mengerti peranan sikap
cinta dan redha dalam penerimaan syahadatain.
2. Memahami tiga
kandungan pokok syahadatain yang menjadi landasan keseluruhan ajaran Islam.
3. Menyadari wajibnya
mencorak hati, akal dan jasad dengan syahadatain.
Sinopsis
Dua
kalimah syahadah adalah suatu kesaksian bahawa tiada yang wajib diabdi dengan
penuh cinta kecuali hanya kepada Allah sahaja.
Kemudian kesaksian bahawa Muhammad itu merupakan Rasul Allah. Syahadatain ini merupakan ruh yang melandasi
keyakinan, pemikiran dan perbuatan orang-orang mukmin. Untuk merealisasikannya mukmin mesti
berinteraksi dengan kandungan makna syahadatain yang didasari cinta dan redha
menjadi sibgah kepada hati, akal dan jasad.
Hasyiah
1. Dua Kalimah Syahadah.
Sarahan :
Syahadatain perlu dipelajari dan
diketahui karena dua kalimah ini sebagai dasar bagi keseluruhan hidup manusia
dan seluruh ajaran Islam.
Dalil :
·
Q.47:19,
37:35, 3:18, ungkapan Allah bahawa syahadat adalah dasar seluruh ajaran Islam.
·
Hadits,
ungkapan Rasulullah mengenai bangunan Islam yang terdiri dari lima, menyaksikan
bahawa Tiada Ilah selain Allah dan bahawa Muhammad Rasulullah, mendirikan
sholat, menunaikan zakat, shaum di bulan ramadhan dan menunaikan haji bagi yang
mampu.
2. Cinta.
Sarahan :
·
Mukmin
mencintai dua kalimah syahadah sehingga nilai yang menjadi kandungannya tidak
diterima sebagai beban.
·
Cinta
ini tumbuh dari kecintaan kita kepada Allah dan Rasul yang teramat sangat serta
bara terhadap sembahan selain Allah.
·
Cinta
ini dilengkapi dengan cinta kepada Rasul yang menjadi pembimbing utama menuju
kecintaan Allah dan cinta kepada Islam sebagai syarat untuk mendapatkan
kecintaan Allah.
Dalil :
·
Q.2:165,
sikap kecintaan mukmin yang teramat sangat kepada Allah.
·
Hadits,
sikap kecintaan mukmin terhadap Rasul, lebih dari mencintai ibu bapa maupun
anaknya.
·
S.8:2,
hati mukmin bergetar ketika asma Allah disebutkan ini karena cintanya kepada
Allah.
3. Redha.
Sarahan :
·
Redha
iaitu kerelaan diri untuk menerima program Allah sepenuhnya. Redha hanya dapat lahir dari cinta yang
sebenarnya.
·
Redha
hanya dapat lahir dari cinta yang sebenarnya.
Fenomena redha adalah kelezatan iman dalam dada. Redha wujud dalam tiga bentuk iaitu redha
kepada Allah sebagai Rabb, redha kepada Islam dan redha kepada Rasul.
·
Redha
kepada Allah sebagai Rabb. Redha kepada
Allah adalah menjadikan kehendak dan kemauan pribadi. Rela Allah sebagai pengatur, pembimbing dan
pendidik yang senantiasa mencintai, melindungi dan menyayangi dirinya. Karena itu seluruh aktiviti hidupnya
ditujukan untuk mencari keridhaan Allah.
Dalil :
·
Q.76:32,
arti redha terhadap Allah adalah menjadikan kemauan Allah sebagai kemauan kita
sendiri atau tidak menghendaki apapun selain yang dikehendaki Allah terhadap
kita.
·
Q2:207,
60:1, orang mukmin senantiasa mencari redha Allah dalam berjihad, meskipun
mesti mengorbankan dirinya.
·
Q.98:8,
mereka yang beribadah dengan ikhlas akan mendapat redha Allah, lihat pula
9:100.
Sarahan :
Redha kepada Islam sebagai aturan
hidup. Islam diyakini sebagai
satu-satunya aturan hidup bagi dirinya.
Tidak ada aturan lain. Karena
Islam adalah dien yang lengkap dan sempurna, menyelesaikan semua masalah,
merupakan jalan lurus dan membawanya kepada kebahagiaan dan keselamatan hidup.
Dalil :
·
Q.5:3,
Islam adalah dien yang lengkap dan sempurna, merupakan nikmat Allah yang
mengatur seluruh hidup manusia. Allah
redha dengan Islam sebagai dien bagi kita maka kitapun harus redha dengan
Dienul Islam, maka seluruh tuntutan Islam mesti dipenuhi dengan penuh kesadaran
dan kerelaan, lihat 3:19.
Sarahan :
Redha kepada Rasul sebagai
teladan. Dalam melaksanakan Islam maka
Muhammad SAW dijadikan sebagai contoh dan ikutan. Semua langkah dan tindakan dilaksanakan
sesuai dengan bimbingan Rasulullah ini.
Karena Muhammad SAW adalah manusia pilihan yang diutus Allah, insan
kamil, pendidik utama yang selalu menyayangi ummatnya.
Dalil :
·
Q.9:59,
ciri sikap mukmin selalu mencari redha Allah dan Rasulnya. Q.9:128-129, Rasulullah sangat sesuai untuk
diredhai karena teramat sayang kepada kita.
·
Q.4:65,
keimanan seseorang ditentukan oleh kerelaannya bertahkim kepada keputusan
Rasulullah tanpa keberatan dalam menerima keputusan tersebut.
·
Hadits,
tidak beriman salah seseorang di antaramu sehingga hawa nafsunya mengikuti apa
yang aku (Muhammad) datangkan.
·
Q.33:21,
Rasulullah adalah teladan dalam setiap aspek kehidupan.
4. Sibgah.
Sarahan :
Cinta dan keredhaan kepada Allah,
Rasul dan Islam mewarnai seluruh aspek kehidupan mukmin, menjadi sibghoh dalam
dirinya. Sibgah adalah iman yang merasuk
sampai ke tulang yang tidak dapat lepas, bersifat suci, murni dan tidak
bercampur dengan syirik walaupun setitik.
Seorang yang hidupnya dalam sibgah Allah seluruh hidupnya merupakan
ibadah atau pengabdian kepada Allah.
Untuk mengaplikasikannya sibgah diperlukan :
·
Pengenalan
yang sebenarnya terhadap Allah dan interaksi denganNya dalam bentuk
penghambaan.
·
Pengenalan
kepada Islam serta siap menghayati dan mengamalkannya baik dalam diri,
keluarga, maupun masyarakat. Islam harus
diperjuangkan sehingga tegak di bumi Allah.
·
Pengenalan
kepada Rasul SAW serta sedia mengikuti bentuk hidup beliau sesuai dengan
kemampuan.
Dalil :
·
Q.2:138,
Iman sejati adalah sibgah Allah yang meliputi dirinya. Sibgah Allah ini menjadikan setiap
perbuatannya ibadah kepada Allah.
·
Q.6:82,
iman yang sejati tidak bercampur dengan kemusyrikan meskipun sedikit. Orang yang memilikinya akan memperoleh rasa
aman.
·
Q.47:19,
20:14, pengenalan terhadap Laa ilaha illa Allah. 9:128, 18:110, pengenalan terhadap
Rasul. 3:19,85, pengenalan terhadap
Islam.
5. Sibgah Hati.
Sarahan :
·
Hati
yang tersibgah adalah hati yang suci, bersih dan senantiasa berhubungan dengan
Allah, siap menerima pimpinan dan bimbinganNya.
·
Dalam
hati ini terpancarlah aqidah yang sehat dalam keyakinan dan keimanannya.
·
Aqidah
yang benar dan sehat tersebut menjadikan muslim selalu berniat ikhlas dalam
setiap langkah tindakannya. Niat adalah
dasar ibadah, sama ada diterima atau ditolak ibadah seseorang ditentukan oleh
niatnya.
Dalil :
·
Q.26:89,
hati yang suci bersih siap menerima keyakinan Islam. Q.23:35, hati mukmin gemetar bila disebut
asma Allah. Q.50:33, hati mukmin
senantiasa bertaubat dan kembali kepada Allah.
·
Hadits,
keterangan Rasulullah yang menyatakan taqwa ada di dalam dada (hati) seseorang.
·
Q.3:84,
2:136, 4:136, keyakinan yang terdapat dalam dada setiap muslim merupakan iman
yang mantap.
·
Hadits,
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya sahnya suatu amal ditentukan oleh niat. Dan sesungguhnya setiap orang akan memperoleh
sesuai yang ia niatkan”.
6. Sibgah Akal.
Sarahan :
·
Akal
tersibgah senantiasa bertafaqquh fiddien.
Aktif memikirkan kejadian langit, bumi dan segala isinya, mempelajari
semua fenomena alam sebagai tanda-tanda kebesaran Allah dibimbing oleh
wahyunya.
·
Dari
akal yang selalu menyingkap rahasia fenomena alam ini lahirlah fikrah Islam,
iaitu pemikiran atau idea yang merupakan aplikasi ajaran Islam yang
bersumberkan kepada Kitabullah dan bimbingan Rasul.
·
Fikrah
yang Islami menjadikan muslim memiliki suatu program yang benar dalam
menghadapi kehidupan. Program
kehidupannya mampu menegakkan ajaran Allah (Al Islam).
Dalil :
·
Q.3:190,
191, 30:20-24, Firman Allah yang mengisyaratkan pentingnya berfikir tentang
tanda-tanda kekuatan Allah di alam semesta.
·
Q.50:37,
pada kejadian alam semesta banyak terdapat peringatan bagi mereka yang mau
menggunakan akalnya.
·
Q.67:10,
orang kafir menyesal di neraka karena tidak menggunakan akalnya dengan maksima.
·
Q.9:120,
muslim bertafaqquh fiddien sesuai bidang yang diminatinya dalam rangka
menegakkan dienullah.
·
Hadits,
sabda Rasul : “Barangsiapa yang Allah kehendaki menjadi baik, maka difahamkan
Nya dalam Dien”.
7. Sibgah Jasad.
Sarahan :
·
Jasad
yang tersibgah senantiasa dipelihara kesehatan dan kekuatannya. Jasad ini dibangun dengan berbagai cara agar
mampu mengikuti jejak hidup Rasulullah SAW.
·
Dapat
melakukan aktifiti atau bekerja sesuai bimbingan Allah dalam kitabullah. Menjadi wujud yang nyata dari Aqidah dan
fikrahNya.
·
Dapat
melaksanakan bimbingan dan pimpinan Allah baik untuk individu maupun masyarakat
sesuai dengan kemampuannya. Pelaksanaan
ini berdasarkan niat yang ikhlas dan program yang digariskan.
Dalil :
·
Q.2:247,
syarat pemimpin dalam Al-Qur’an adalah yang memiliki ilmu yang luas dan tubuh
yang kuat.
·
Q.28:26,
pilihan untuk menerima amanah jatuh kepada orang yang bertubuh kuat dan
terpercaya.
·
Hadits,
Rasulullah SAW memerintahkan “Ajarkanlah anak-anakmu berenang dan memanah”.
·
Hadits,
Rasulullah menyatakan : “Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang
lemah”.
Ringkasan
Dalil :
Tahap-tahap
interaksi dengan syahadatain :
·
Cinta (2:165, 8:2, 9:24)
·
Redha (2:207)
·
Kepada
Allah (a,
2:207, 92:20-21, 94:8)
·
Kepada
Islam (a,
3:19,85)
·
Kepada
Muhammad (a, 33:21)
·
Membentuk
Sibgah (2:138, 4:125) :
·
Dalam
hati (26:89)
·
Dalam
akal (67:10)
·
Dalam
jasad (2:251)
A-7. SYURUT QOBULU SYAHADATAIN
Objektif
1. Memahami bahawa
syahadah yang diucapkannya mesti dilandasi dengan ilmu pengetahuan, keyakinan
keikhlasan, membenarkan, mencintai, menerima dan tunduk.
2. Menyedari bahawa
kebodohan, ragu-ragu, syirik, dusta, benci, ingkar dan menolak pelaksanaan
adalah di antara sikap-sikap yang menyebabkan pernyataan syahadatain ditolak.
3. Mampu mewujudkan sikap
rela diatur oleh Allah, Rasul dan Islam dalam setiap keadaan.
Sinopsis
Sebagai
seorang mukmin berusaha untuk menjaga syahadat kita dari futur dan
melemah. Untuk itu kita perlu mengetahui
bagaimana syahadat diterima atau ditolak.
Untuk diterimanya syahadat kita maka diperlukan beberapa persediaan
misalnya ilmu, yakin, ikhlas, shidqu, mahabbah, qobul dan amal nyata. Juga kita perlu menolak kebodohan terhadap
syahadat, keraguan, kemusyrikan, dusta, kebencian, penolakan dan tidak beramal.
Hasyiah
1. Ilmu Yang Menolak Kebodohan.
Sarahan :
Seorang yang bersyahadah mesti
memiliki pengetahuan tentang syahadatnya.
Ia wajib memahami arti dua kalimat ini serta bersedia menerima hasil
ucapannya. Orang yang jahil tentang
makna syahadatain tidak mungkin dapat mengamalkannya.
Dalil :
·
Q.47:19,
berkewajiban mempelajari laa ilaha illa Allah.
·
Q.3:18,
mereka yang bersyahadat adalah Allah, Malaikat, dan orang-orang yang berilmu
(para nabi dan orang beriman).
2. Yakin Yang Menolak Keraguan.
Sarahan :
Seorang yang bersyahadat mesti
meyakini ucapannya sebagai suatu yang diimaninya dengan sepenuh hati tanpa
keraguan. Yakin membawa seseorang pada
istiqomah, manakala ragu-ragu pula menimbulkan kemunafiqan.
Dalil :
·
Q.49:15,
Iman yang benar tidak bercampur dengan keraguan.
·
Q.32:24,
yakin menjadikan seseorang terpimpin dalam hidayah.
·
Q.2:1-5,
diantara ciri mukmin adalah tidak ragu dengan kitabullah dan yakin terhadap
hari Akhir.
3. Ikhlas Yang Menolak Kemusyrikan.
Sarahan :
Ucapan syahadat mesti diiringi
dengan niat yang ikhlas lillahi ta’ala.
Ucapan syahadat yang bercampur dengan riya atau kecenderungan tertentu
tidak akan diterima Allah. Ikhlas dalam
bersyahadat merupakan dasar yang paling kukuh dalam pelaksanaan syahadat.
Dalil :
·
Q.98:5,
39:11, 14, syahadat merupakan ibadah, karenanya dilakukan dengan ikhlas.
·
Q.39:65,
kemusyrikan menghapus amal. 18:110,
ibadah yang tidak ikhlas, tidak diterima.
4. Shidqu (benar) Yang Menolak Kejujuran.
Sarahan :
Dalam pernyataan syahadat muslim
wajib membenarkan tanpa dicampuri sedikitpun dusta (bohong). Benar adalah landasan iman, sedangkan dusta
landasan kufur. Sikap shiddiq akan menimbulkan
ketaatan dan amanah. Sedangkan dusta
menimbulkan kemaksiatan dan pengkhianatan.
Dalil :
·
Q.39:33,
ciri-ciri taqwa adalah sikap shiddiq.
33:23-24, orang yang benar akan terbukti dalam medan jihad dan Allah
membalas mereka, sedangkan orang-orang munafiq akan mendapat siksa.
·
Q.2:8-10,
ciri nifaq adalah dusta. 29:2-3,
kebenaran dan kemunafikan diuji melalui cobaan.
·
Hadits,
sikap benar mengajak kepada kebaikan dan kebaikan membawa ke surga. Sifat dusta mengajak kepada keburukan dan
keburukan membawa ke neraka.
·
Hadits,
tinggalkanlah yang meragukanmu, sesungguhnya benar itu menenangkan (hati)
sedangkan dusta itu meragu-ragukan.
5. Mahabbah Yang Menolak Kebencian.
Sarahan :
Dalam menyatakan syahadat ia
mendasarkan pernyataannya dengan cinta.
Cinta ialah rasa suka yang melapangkan dada. Ia merupakan ruh dari ibadah, sedangkan
syahadatain merupakan ibadah yang paling utama.
Dengan rasa cinta ini segala beban akan terasa ringan, tuntutan
syahadatain akan dapat dilaksanakan dengan mudah.
Dalil :
·
Q.2:165,
cinta kepada Allah yang teramat sangat merupakan sifat utama orang beriman.
·
Hadits,
sabda Rasulullah, “Ada tiga perkara yang apabila ketiganya terdapat dalam diri
seseorang, ia akan merasakan manisnya iman”.
·
Q.9:24,
mukmin mendahulukan kecintaan kepada Allah, Rasul dan jihad dari kecintaan
terhadap yang lain.
6. Menerima Yang Jauh Dari Penolakan.
Sarahan :
Muslim secara mutlak menerima
nilai-nilai serta kandungan isi syahadatain.
Tidak ada keberatan dan tanpa rasa terpaksa sedikitpun. Baginya tidak ada pilihan lain kecuali Kitabullah
dan sunnah Rasul. Ia senantiasa siap
untuk mendengar, tunduk, patuh dan taat terhadap perintah Allah dan RasulNya.
Dalil :
·
Q.4:65,
Mukmin adalah mereka yang bertahkim (berhukum) kepada Rasul Allah dalam seluruh
persoalannya kemudian ia menerima secara total keputusan Rasul, tanpa ragu-ragu
dan kebenaran sedikitpun.
·
Q.33:36,
28:68, ciri orang beriman ialah menerima ketentuan dan perintah Allah tanpa
keberatan dan pilihan lain.
·
Q.24:51,
ciri mukmin ialah mendengar dan taat terhadap Allah dan Rasul dalam seluruh
masalah hidup mereka.
7. Pelaksanaan Yang Jauh Dari Sikap Statik atau Diam.
Sarahan :
Syahadatain hanya dapat
dilaksanakan apabila diwujudkan dalam amal yang nyata. Maka muslim yang bersyahadat selalu siap
melaksanakan ajaran Islam yang menjadi aplikasi syahadatain. Ia menentukan agar hukum dan undang-undang
Allah berlaku pada diri, keluarga maupun masyarakatnya.
Dalil :
·
Q.9:105,
perintah Allah untuk bekerja di jalanNya dengan perhitungan nilai kerja itu
disisi Allah.
·
Q.16:97,
orang yang bekerja akan mendapat kehidupan yang baik dan surga Allah.
Ringkasan
Dalil :
Syarat diterima Syahadat :
·
Ilmu (47:19, 3:18, 43:86)
·
Yakin (49:15)
·
Ikhlas (98:5, 18:110)
·
Membenarkan (2:8-9, 33:23-24)
·
Cinta (2:165, 8:2)
·
Menerima (4:65)
·
Melaksanakan (24:51, 56, 31:22)
·
Redha (76:31)
A-8. AR RIDHO
Objektif
1. Mad’u memahami bahawa
redha terhadap Allah berarti menerima semua ketetentuan Allah terhadap manusia,
alam semesta dan segala tuntutan Allah terhadap diri kita..
2. Menyadari bahawa
taqdir kauni dan syar’I adalah rahasia Allah yang besar dan harus diterima
dengan penuh keimanan. Sunnatullah di
alam semesta dapat dipelajari dalam rangka meningkatkan keimanan.
3. Mad’u menyadari bahawa
dia mesti bersikap sesuai dengan tuntutan Allah sebagai menjunjung syahadatain.
Sinopsis
Ridho
adalah hasil dari cintanya mukmin kepada Allah.
Cinta berarti menerima semua keinginan dan tuntutan dari yang
dicintainya (Allah). Tuntutan dan
kehendak Allah ini terdapat di dalam Al-Qur’an.
Kehendak Allah terhadap manusia, alam semesta dan dari diri kita. Kehendak Allah terhadap manusia iaitu
diberikan ketentuan-ketentuan yang pasti seperti qadha dan qadar. Terhadap alam, Allah menghendaki alam sebagai
kajian untuk dikaji dan mengambil manfaat darinya, juga menggambarkan kehebatan
dan kekuasaan Allah di alam. Yang Allah
kehendaki dari diri manusia adalah melaksanakan petunjukNya, menjalankan
syariat dan iltizam. Dengan menerima
semua ketentuan-ketentuan yang diberikan kepada kita, alam dan yang dikehendaki
dari kita, maka individu tersebut beriman sebenarnya.
Hasyiah
Ridho
Sarahan :
Ridho merupakan buah dari rasa
cinta seseorang mukmin terhadap Allah.
Fenomena ridho adalah menerima semua kehendak dan kemauan Allah tanpa
reserve. Hal ini terdapat dalam tiga
dimensi.
Dalil :
·
Q.2:207,
redha Allah adalah harapan orang-orang mukmin dan mereka rela berkorban untuk
mendapatkannya.
·
Q.76:31,
makna redha adalah menerima ketentuan Allah atas dirinya.
A. 1. Kehendak dan Kemauan Allah Terhadap Kita (manusia).
Sarahan :
Kehendak Allah terhadap kita
iaitu kejadian yang telah berlangsung, tidak dapat dielakkan, tidak diketahui
sebelumnya (ghaib) seperti kelahiran, kematian, pernikahan dan kehidupan dengan
segala cabarannya seperti kekayaan, kemiskinan, kemenangan, kekalahan,
keimanan, kekafiran. Semua yang telah
terjadi ini tidak mungkin berlangsung kecuali dengan kehendak Allah.
Dalil :
·
Q.4:78,
semua kejadian samada kebaikan maupun keburukan dari sisi Allah, misalnya
kematian.
·
Q.35:2,
tak ada seorangpun yang dapat menghindari rahmat Allah dan kecelakaan yang
dikenakanNya pada seseorang.
·
Q.11:6,
setiap makhluk di tangan Allahlah ketentuan rizkinya. Q.9:52, semua kejadian pada diri orang-orang
mukmin adalah ketentuan Allah bagi mereka.
1.
Alam Ghaib.
Sarahan :
Kehendak Allah tersebut sebelum
terjadinya merupakan sesuatu yang ghaib bagi manusia. Tidak dapat ditangkap dengan deria. Tidak dapat diketahui dengan jalan
apapun. Ketentuan ini hanya Allah sahaja
yang mengetahuinya, semua telah tercatat dalam kitab yang nyata.
Dalil :
·
Q.6:59,
hanya di sisi Allah pengetahuan yang ghaib.
Q.31:34, kelahiran dan kematian adalah ketentuan yang terdapat dalam
pengetahuan Allah.
·
Q.11:6,
Allah mengetahui tempat-tempat aktiviti makhlukNya, semua tercatat dalam kitab
yang nyata.
·
Q.6:38,
Luhul Mahfuzh tidak meninggalkan sedikitpun melainkan dicatatnya.
3.
Qadha dan Qadar.
Sarahan :
Kejadian yang pasti dan tak dapat
dihindari ini disebut Qadha dan Qadar.
Ia merupakan bahagian dari rukun iman yang enam. Setiap muslim wajib mengimaninya samada
merupakan kebaikan (menguntungkan) maupun keburukan (merugikan) terhadap
dirinya. Iman ini membuat kita sadar dan
tidak sombong terhadap apa-apa yang dimiliki serta tidak kecewa terhadap
apa-apa yang lepas dari kita.
Dalil :
·
Hadits,
pernyataan Rasulullah tentang Iman, “….. dan engkau beriman dengan Qadar baik
maupun buruk”.
·
Q.57:22,
ketentuan Allah membuat kita tidak sombong dengan yang diperoleh dan tidak
kecewa dengan yang tepat dari kita.
·
Hadits,
Allah telah menentukan bagi manusia di dalam rahim ibunya ketentuan. Lahir, mati, celaka, bahagia dan sebagainya.
4.
Allah Tidak Ditanya Tentang Apa Yang Dikerjakannya.
Sarahan :
Dalam bersikap terhadap Qadha dan
Qadar Allah, manusia tidak berhak menyalahkan atau menuduh Allah. Sebab sebagai yang maha pencipta dia berbuat
sesuai dengan kehendakNya tanpa seorangpun dapat memprosesNya.
Dalil :
·
Q.21:23,
Allah tidak dapat ditanya tentang apa yang diperbuatNya terhadap makhluk.
·
Q.85:16,
Allah berbuat sekehendakNya tidak mengikuti peraturan siapapun selain diriNya.
·
Q.2:284,
semua kepunyaan Allah, Allah bebas memberi ampun ataupun mengazab hambanya.
·
Hadits,
jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang maka diberikan cobaan. Maka siapa yang ridho (dengan cobaan itu)
baginya keredhaan Allah. Dan barang
siapa yang keberatan maka baginya kemarahan Allah.
5.
Hikmah.
Sarahan :
Allah tidak bertindak melainkan
di dalamnya terdapat suatu hikmah.
Tetapi sedikit dari manusia yang dapat memahaminya. Karena itu, terhadap kejadian yang mengenanya
mukmin berupaya mencari hikmah Allah tersebut.
Ia senantiasa berbaik sangka kepada Allah karena meyakini bahawa Allah
maha pengasih lagi maha penyayang kepada hamba-hambaNya.
Dalil :
·
Q.2:216,
hikmah Allah dalam disyariatkannya berperang.
·
Hadits,
orang mukmin itu mengagumkan karena semua urutan mendatangkan kebaikan
baginya. Jika dia diberi kebaikan ia
bersyukur dan itu baik baginya, jika ia tertimpa musibah ia bersabar dan itu
baik pula baginya.
·
Hadits
Qudsi, sesungguhnya aku tergantung sangkaan hambaKu terhadapKu. Jika dia bersangka baik maka baik pula
baginya, jika dia bersangka buruk maka buruk pula baginya.
B. 1. Apa Yang Allah Kehendaki Terhadap Alam Semesta.
Sarahan :
Allah mengatur, menetapkan,
menentukan seluruh kejadian di alam semesta secara pasti dan tepat. Tidak ada satu makhlukpun yang lepas dari
aturan Allah ini. Setiap fenomena yang
terjadi merupakan tanda-tanda kebesaran Allah dan keagunganNya.
Dalil :
·
Q.25:2,
54:49, 87:1-2, 15:20, 36:38-40, 55:7, Allah menentukan qadar alam seluruh
ciptaan Nya dengan sangat rapih dan teratur.
2.
Alam Kajian.
Sarahan :
Ketentuan Allah tersebut bukan
merupakan sesuatu yang ghaib tetapi juga tidak mudah untuk difahami dan
diketahui. Manusia akan memahaminya
dengan jalan belajar dan melakukan berbagai kajian tentang ketentuan-ketentuan
Allah tersebut.
Dalil :
·
Hadits,
mengenai seseorang yang mendapat petunjuk Rasulullah cara bertanam korma. Ternyata hasil tuaiannya tidak memuaskan
kemudian dia datang kepada Rasul untuk melaporkan. Jawab Rasulullah SAW, “kamu lebih tahu urusan
duaniamu”
2.
Undang-undang Allah Di Alam Semesta.
Sarahan :
Semua ketentuan dan peraturan
Allah yang tidak tertulis di alam semesta itu disebut Sunnatullah. Sifatnya tetap, tidak berubah dan tidak
berganti. Tetapi Allah sendiri dapat
merubahnya seperti pada mukjizat para Nabi.
Kita mesti menyebutnya Sunnatullah dan bukan hukum alam atau hukum sains
tulin.
Dalil :
·
Q.35:43,
33:62, 48:23, sunnatullah tidak mengalami perubahan atau pergantian. Q.21:68-69, Nabi Ibrahim tidak hangus dimakan
api bahkan selamat dengan izin Allah.
·
Q.20:77-78,
Nabi Musa mampu membelah laut dengan izin Allah dan sebagainya.
3.
Mengkaji.
Sarahan :
Sunnatullah hanya dapat difahami
setelah diselidiki, dipelajari, dianalisa dan dikaji. Sifatnya netral. Dapat dipelajari siapa sahaja. Tetapi orang mukmin lebih berhak untuk
memperolehnya. Itulah mengapa kitabullah
banyak sekali menganjurkan mukminin melakukan pengamatan terhadap alam semesta.
Dalil :
·
Q.3:190-191,
10:5-6, 30:20-25, 30:8, contoh-contoh anjuran dan rangsangan Allah untuk
memperhatikan alam semesta.
·
Sabda
Rasulullah, “Hikmah itu kepunyaan orang mukmin, dimana sahaja mereka jumpai
hikmah itu, merekalah yang paling berhak atasnya”. Q.3:137, mengamati sejarah kehidupan manusia
adalah perintah Allah.
4.
Intifa.
Sarahan :
Dengan mengkaji sunnatullah kita
mengambil manfaat sebesar-besarnya dari potensi alam untuk memperkuat barisan
kaum muslimin. Ilmu pengetahuan dan
teknologi sangat berguna untuk menjadi sarana dakwah. Karenanya kaum muslimin wajib menggalakkan
kembali pengamatan dan pengkajian terhadap alam semesta ini.
Dalil :
·
Q.57:25,
Allah menyuruh memanfaatkan kekuatan besi (teknologi) untuk menegakkan
Islam. Q.8:60, perintah untuk
mempersiapkan sarana-sarana jihad di jalan Allah. Ini tidak dapat berlangsung tanpa pemanfaatan
sains dan teknologi.
C. 1. Yang Allah Kehendaki dari Diri Kita.
Sarahan :
Iaitu rela melaksanakan petunjuk
hidup yang didalamnya ada perintah dan larangan, halal dan haram, peringatan
dan anjuran, dan sebagainya. Kesemuanya
dapat kita jumpai dalam kitabullah dan sunnah Rasulullah. Setiap muslim wajib menerima undang-undang
Allah yang telah tertulis ini dengan tanpa keraguan.
Dalil :
·
Q.3:19,
3:85, aturan hidup (dien) yang diterima disisi Allah hanyalah Islam. Ia merupakan kumpulan kehendak Allah dari
diri kita. Disinilah Allah mengatur dan
mengendalikan hambaNya. Q.42:15,
disyariatkannya dien bagi kita untuk ditegakkan dengan tidak bercerai-cerai.
2.
Alam Yang Nyata.
Sarahan :
Perintah-perintah dan
larangan-larangan Allah merupakan sesuatu yang jelas dan dapat difahami dengan
mudah. Ia berbicara tentang realiti yang
ada di sekitar manusia tentang hubungan manusia dengan penciptanya dengan alam,
hakikat kehidupan, hakikat manusia itu sendiri, dan hakikat pengabdian. Semua sangat diperlukan oleh setiap manusia.
Dalil :
·
Q.5:15-16,
Rasulullah bagaikan cahaya yang terang membawa kitab yang sangat jelas bagi
kehidupan. Dengan kitab itulah Allah
menunjuki orang yang mencari keredhaanNya ke jalan keselamatan. Membebaskan mereka dari kegelapan (jahiliyah)
menjadi terang benderang (Islam).
·
Hadits,
pernyataan Rasulullah, “yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan
di antara keduanya ada yang mutasyabihat”.
3.
Ketentuan Syariah.
Sarahan :
Peraturan dan petunjuk hidup
Allah merupakan ketentuan syariah bagi kebahagiaan manusia. Manusia diberi kebebasan untuk menerima atau menolaknya. Mereka yang menerima menjadi orang beriman
dan hidupnya akan bahagia. Sedangkan
yang menolak disebut orang kafir dan hidupnya akan celaka.
Dalil :
·
Q.2:256,
18:29, Yang haq adalah yang datang dari Allah, manusia boleh memilih iman atau
kafir. Bila kafir maka ancamannya adalah
neraka.
·
Q.24:1,
28:85, kewajiban melaksanakan syariat bagi mereka yang mengaku beriman.
4.
Mereka Akan Ditanya.
Sarahan :
Pengetahuan tersebut akan
melahirkan amal yang kelak dipertanggung-jawabkan. Setiap insan mesti bertanggung-jawab terhadap
pelaksanaan perintah dan larangan Allah.
Mukmin menerima qadha dan qadar tetapi iapun menyadari bahawa taqdir
syar’I menghendaki adanya sikap tanggung jawab.
Contohnya tatkala sakit (qadha) maka syariat menentukan untuk berubat,
tatkala ia kufur syariat menyuruhnya mencari hidayah, ketika dalam keadaan
maksiat syariat memerintahkannya bertaubat tatkala kaya ia dimestikan bersyukur
dan tatkala miskin ia diperintah untuk sabar.
Dalil :
·
Q.21:23,
setiap manusia akan ditanya apakah ia melaksanakan ketentuan syariah atai
tidak.
·
Q.102:8,
semua manusia akan diminta pertanggung-jawabannya di akhirat.
·
Q.4:79,
42:30, Allah menyalahkan mereka yang tidak berikhtiar mengikuti syariat.
·
Hadits,
sabda Rasulullah, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya
tentang tanggung jawabnya … “.
·
Sabda
Rasulullah SAW, “Setiap penyakit ada obatnya, maka berobatlah kamu”.
5.
Iltizam.
Sarahan :
Untuk terwujudnya semua ketentuan
Allah maka kewajiban kita adalah senantiasa iltizam (komitmen) baik terhadap
pengetahuan maupun pelaksanaan syariah.
Semua yang dapat dilakukan secara individu wajib dilaksanakan. Sedangkan yang belum dapat dilaksanakan
kecuali telah adanya wasilah (sarana) wajib diperjuangkan.
Dalil :
·
Q.33:36,
komitmen mukmin terhadap aturan Allah.
Bila Allah telah menetapkan sesuatu maka tidak boleh ada pilihan lain
baginya.
·
Q.4:65,
syarat iman ialah menerima keseluruhan yang berasal dari Rasulullah dan tidak
ada keberatan terhadap keputusan Rasul itu.
·
Q.24:51,
sikap mukmin terhadap keputusan Allah dan Rasul adalah “mendengat dan taat”.
·
Q.5:35,
perintah bertaqwa, mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, serta
berjihad di jalan Allah.
D. Iman.
Sarahan :
Penerimaan dan keredhaan terhadap
ketiga unsur taqdir diatas itulah yang disebut iman yang sebenarnya. Dengan rela menerima apa yang Allah tentukan
bagi dirinya dan alam semesta, maka mukmin berupaya menegakkan tuntutan Allah
pada dirinya. Sehingga hidupnya
sepenuhnya dalam bimbingan dan pimpinan Allah SWT, serta dalam keadaan berjihad
menegakkan syariah Islam.
Dalil :
·
Q.49:15, mukmin yang sebenarnya
adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul kemudian mereka tidak
ragu-ragu dan berjihad di jalan Allah.
Ringkasan
Dalil :
Ridha (2:207, 284, 286)
Apa yang Allah kehendaki (Masyiatullah)
: (76:30, 18:24, 3:26, 31:29)
1. Terhadap kita – alam
ghaib : (6:59, 2:3), merupakan qadha’ dan qadar : (h, 9:51, 57:22), Dia tidak
ditanya apa yang diperbuat (21:23), tidak dapat dipelajari (17:85), untuk
diambil hikmahnya (57:23).
2. Terhadap alam (25:2),
alam eksperimen (35:28), merupakan sunnatullah di alam (41:53), untuk
dikaji/dipelajari dan dijadikan sarana (3:190), untuk dimanfaatkan (11:61).
3. Dari diri kita
(57:16), alam nyata (30:7), merupakan taqdir syar’ie (4:65, 6:153,42:13), untuk
dipelajari dan diamalkan (9:105), mereka akan ditanya (21:23, iman.
A-9.1. TAHQIYQU MAKNA SYAHADATAIN
Objektif
1. Memahami tiga bentuk
hubungan antara Allah dengan seorang mukmin : Cinta, perniagaan dan kontrak
kerja serta bercita-cita merealisasikannya di dalam kehidupan.
2. Menyadari bahawa
berjihad di jalan Allah merupakan jalan hidup yang wajib ditempuhi.
3. Menyadari kewajiban
menghias diri dengan sifat-sifat mujahid yang merindukan syahadah.
Sinopsis
Hubungan
mukmin dengan Allah merupakan hubungan ubudiyah (pengabdian). Hubungan ini didasari kepada tiga unsur iaitu
cinta, perniagaan dan amal atau jihad.
Dengan transaksi ketiga unsur diatas, setiap mukmin wajib menjalani
hidupnya sebagai pejuang Islam dengan senantiasa mempersiapkan watak seorang
mujahid. Dengan syahadatain yang
diyakininya, kita mesti mengamalkan syahadat di dalam kehidupan kita seharian
seperti bertaubat, mengabdikan diri kepada Allah, memuji Allah, melaksanakan
siyahah, senantiasa ruku dan sujud, menyuruh kepada makruf dan memelihara hukum
Allah.
Hasyiah
1. Cinta.
Sarahan :
Cinta iaitu suatu ikatan hati
untuk mencintai apa sahaja yang dicintai Allah dan apa-apa yang ditentukan
Allah baginya. Ikatan ini membuat
pribadi mukmin dengan kecintaan dan keredaan Allah.
Dalil :
·
Q.2:165,
hubungan cinta mukmin dengan Allah, teramat sangat kecintaannya terhadap Allah.
·
Q.8:2,
diantara tanda cinta senang membaca Kitabullah dan bergetar hatinya tatkala
nama Allah disebut.
·
Q.39:25,
cenderung terhadap Kitabullah.
2. Perniagaan.
Sarahan :
Pada hakikatnya semua manusia
miskin dan faqir, tidak memiliki sesuatupun termasuk dirinya sendiri. Semua yang ada hanyalah milik Allah. Tetapi dalam perjanjian ini Allah menawarkan
kepada mukmin untuk menjual apa-apa yang bukan miliknya itu kepada Allah. Perjanjian ini merupakan perniagaan dengan
keuntungan di pihak mukmin yang sangat besar.
Dalil :
·
Q.61:10,
penawaran Allah untuk berjual beli dengan Nya dengan keuntungan bebas dari
neraka.
·
Q.9:111,
pernyataan Allah bahawa Allah telah membeli mukminin.
·
Q.35:29,
jual beli ini tidak akan merugikan.
·
Hadits,
pernyataan sahabat Nabi tentang baiah mereka dengan Rasulullah, “Kami berbaiah
dengan Rasulullah untuk mendengar dan taat samada dalam keadaan lapang maupun
sempit, dalam kondisi malas maupun giat, dalam hal yang menyenangkan dan pada
keadaan merasa dirugikan.
2.1. Mukmin
Sebagai Penjual.
Sarahan :
·
Mukmin
sebagai penjual, yang dijualnya adalah harta (amwal) yang dimilikinya, iaitu
semua simbol yang melekat pada dirinya dan yang dianggap sebagai miliknya. Seperti harta, kekayaan, kedudukan, kerjanya,
jawatan, pengaruh dan sebagainya.
·
Jiwa
(nafs), meliputi nyawanya, tenaganya, waktu dan kesempatannya, perasaannya dan
lain-lain.
Dalil :
·
Q.9:111,
mukmin sebagai penjual dengan menjual harta dan nyawa. Lihat pula
61:11 dengan kewajiban beriman kepada Allah dan Rasul.
·
Q.2:265,
yang dijual berupa harta. 3:195, yang
dijual berupa nyawa dan tenaga.
·
Q.2:207,
yang dituju dengan penjualan ini adalah keredhaan Allah sebagai harta
tertinggi.
2.2. Allah SWT
Sebagai Pembeli.
Sarahan :
·
Dalam
hal ini Allah sebagai pembeli tunggal yang akan memberikan dua keuntungan yang
sangat besar bagi penjual tersebut, iaitu surga dengan segala kenikmatannya,
sebagai pengganti harta yang diberikan mukmin.
·
Redha
Allah yang jauh lebih nikmat dari surga sebagai pengganti dari jiwa yang
diberikan mukmin.
Dalil :
·
Q.9:111,
Allah sebagai pembeli dengan memberikan surga dan keredhaan Allah.
·
Q.98:8,
harga berupa keredhaan lebih tinggi nilainya.
3. Amal dan Jihad.
3.1. Amal.
Sarahan :
Hubungan ini merupakan hasil dari
hubungan cinta dan jual beli yang meliputi semua pelaksanaan perintah Allah
dengan semangat redha. Juga meliputi
semua aktifiti pribadi, keluarga, masyarakat dan bernegara. Disamping itu juga, menjauhi semua
larangan-larangan Allah dan hal-hal yang dapat membawa pada kebencianNya. Karena itu mukmin menyediakan diri untuk
hidup dibawah naungan Al-Qur’an dan Sunnah.
Dalil :
·
Q.9:105,
kewajiban bekerja melakukan perintah Allah dan Allah sajalah yang akan menilai
amal perbuatan seseorang.
·
Q.3:195,
kontrak kerja dengan Allah adalah aktiviti untuk mencari redha Nya. Mukmin beramal jama’I dengan
saudara-saudaranya sesama mukmin samada laki-laki maupun perempuan. Lihat pula 9:71-72.
3.2. Jihad.
Sarahan :
Sebagai puncak dari cintanya
kepada Allah, jual beli dengan Allah serta aplikasinya ke dalam hidup, maka
mukmin memperjuangkan dienullah. Ia
selalu menegakkan kalimatullah dalam diri, keluarga maupun masyarakatnya. Ia berupaya sekuat tenaga untuk menjadikan
dirinya sebagai mujahid fi sabilillah.
Dimulai dengan ucapan syahadatnya, seluruh hidupnya merupakan
jihad. Cita-citanya yang tertinggi
adalah mencapai syahadah (syahid).
Mukmin menyadari bahawa tiada izzah tanpa jihad dan bahawa syahid
merupakan puncak kenikmatan hidup di dunia maupun di akhirat.
Dalil :
·
Q.22:78,
Perintah Allah melaksanakan jihad dengan sebenar-benarnya jihad sebagai
aplikasi keislaman seseorang.
·
Q.29:69,
manfaat jihad itu sendiri kembali kepada diri mukmin karena sesungguhnya
merupakan jual beli dengan Allah.
·
Q.3:168,
2:152, gambaran Allah tentang kenikmatan syahid fi sabilillah.
·
Hadits,
sabda Rasul, “jihad merupakan puncak (dzirwatul sanamil) Islam.
·
Hadits,
karena cintanya Rasulullah pada syahid, beliau berkata, “Tiada seseorangpun
yang mati yang ingin kembali ke dunia (dengan merasakan kematiannya) kecuali
syahid. Ini disebabkan kelebihannya”.
·
Hadits,
“Barangsiapa yang memohon syahid kepada Allah dengan sebenar-benarnya
permohonan, maka Allah akan menyampaikannya pada derajat syuhada meskipun ia
wafat diatas tempat tidurnya”.
4. Mujahid.
Sarahan :
Dengan pelaksanaan cinta,
perniagaan dan amal/jihad di atas, sikap mukmin wajib menjalani hidupnya
sebagai pejuang Islam dengan senantiasa mempersiapkan watak seorang mujahid
iaitu :
·
Senantiasa
bertaubat, memohon ampunan dari dosa dan menghindarkan diri dari sebab-sebab
kemaksiatan.
·
Senantiasa
mengabdikan diri kepada Allah samada dalam keadaan lapang maupun sempit dengan
pengabdian yang ikhlas.
·
Senantiasa
memuji, menyanjung dan mengagungkan Allah dalam berbagai kesempatan.
·
Senantiasa
melakukan syahadah dengan antara lain : mencari ilmu yang memberi kemanfaatan
bagi Islam dan kaum muslimin, bertafakkur tentang alam dan realita ummat dan
melawat atau berjalan dalam rangka dakwah.
·
Senantiasa
ruku’ iaitu menghinakan diri dengan tidak sombong terhadap kehendak dan kemauan
Allah.
·
Menyuruh
kepada yang ma’ruf (kebaikan).
·
Mencegah
dari yang munkar (keburukan) dan yang dibenci Allah.
·
Selalu
memelihara hukum Allah, iaitu pelaksanaan kitabullah pada dirinya dan
memperjuangkan agar terlaksana di masyarakatnya.
Dalil :
·
Q.9:112,
sifat-sifat mujahid yang mestinya ada pada setiap mukmin : bertaubat,
beribadah, memuji, bersiyahah, ruku’, sujud, amar ma’ruf, nahi munkar dan
memelihara hukum-hukum Allah.
Ringkasan
Dalil :
Hubungan Mukmin dengan Allah :
·
Cinta
(2:165, 8:2)
·
Perniagaan (61:10). Mukmin sebagai penjual (57:12, 2:265,
9:111). Allah sebagai pembeli
(9:111). Yang dijual oleh mukmin adalah
harta dan jiwa, harganya surga dan keredhaanNya.
·
Kerja (9:105), wujud di dalam bentuk
jihad (61:11, 49:15, 29:69, 22:78) kehidupan mukmin dari syahadah sehingga
syahid (7:172, 5:7, 3:52, 33:23).
Sifat-sifat mukmin mujahid (9:112) selalu bertaubat, beribadat, siahah,
ruku’, sujud, amar makruf nahi munkar dan memelihara hukum-hukum Allah.
A-9.2. TAHQIYQU SYAHADATAIN
Objektif
1. Memahami bahawa hati
yang suci dan akal yang cerdas merupakan sumber pelaksanaan ajaran Islam.
2. Memahami cara-cara
untuk mencapai akidah yang benar dan fikrah Islami serta pemeliharaannya.
3. Memahami hubungan
dakwah dan harakah dengan pemeliharaan pelaksanaan syahadat.
Sinopsis
Syahadah
merupakan taqrir atau ucapan tauhidullah.
Hasil dari bersyahadah adalah Allah sebagai tujuan hidup, Islam sebagai
manhaj hidup dan Rasul sebagai qudwah dalam kehidupan. Syahadah bersumberkan kepada hati yang bersih
dan akal yang cerdas. Dengan hati yang
bersih kita dapat mengharapkan rahmat kepada Allah, takut kepada siksaan Allah
dan mencintai Allah. Dengan sifat ini
muncullah aqidah yang salimah.
Berasaskan aqidah salimah ini menghasilkan niat yang ikhlas.
Akal
yang cerdas mempunyai ciri-ciri mentadaburkan Al-Qur’an, memikirkan alam
semesta dan ingat mati. Ini adalah ciri
akal yang cerdas sehingga memunculkan fikrah Islami. Berasaskan fikrah Islami menghasilkan minhaj
yang shohih. Dengan bersyahadah dan
hasil yang diperoleh dari syahadah ini secara keseluruhannya akan mewujudkan
harakah jihad, dakwah dan tarbiyah.
Hasyiah
1. Syahadah.
Sarahan :
Syahadatain adalah pernyataan,
perjanjian dan sumpah seorang muslim terhadap keesaan Allah. Dengan tauhidullah itu muslim mengakui
hak-hak Allah dalam menentukan tiga hal pokok iaitu :
·
Satu-satunya
tujuan seluruh aktiviti kehidupan adalah Allah.
·
Satu-satunya
konsep untuk mencapai tujuan hidup tersebut adalah Al Islam.
·
Satu-satunya
teladan dalam pelaksanaan Al-Islam adalah Rasulullah.
·
Untuk
melaksanakan tiga prinsip ini diperlukan wasilah iaitu qolbun salim dan aklu
dzakiy.
Dalil :
·
Q.6:162,
tujuan hidup muslim adalah Allah, lihat 50:50, keharusan muslim bersegera ke
Allah atau meraih redha Allah.
·
Q.3:85,
3:19, dien (peraturan Allah) yang diterima disisi Allah hanyalah Islam. 6:153, mengikuti Al Islam tidak boleh dengan
mencampur-adukkannya dengan konsep lain.
·
Q.33:21,
pernyataan Allah bahawa Rasulullah Muhammad SAW merupakan satu-satunya teladan.
·
Q.3:31,
meninguti Rasulullah merupakan aplikasi cinta kepada Allah.
·
Hadits,
sabda Nabi, “Tidak beriman seorang dari kamu sebelum hawa nafsunya mengikuti
apa yang aku bawa”.
1.1. Qolbun Salim.
Sarahan :
Qolbun salim iaitu hati yang
senantiasa bersih dari noda-noda syirik juga tidak terpengaruh hawa nafsu,
syahwat dan penyakit-penyakit hati.
Hendaknya tidak terkesan di hati kecintaan terhadap dunia dan
perhiasannya yang melalaikan syariat Allah.
Jalan yang ditempuh muslim untuk mencapai qolbun salim ini adalah :
·
Mencintai
Allah dengan sebenar-benarnya kecintaan.
Kecintaan ini menjadi dasar seluruh aktiviti hidupnya.
·
Selalu
mengharap kasih sayang Allah karena meyakini bahawa segala kebaikan hanya
berada di tangan Allah. Maka qolbun
salim terbebas dari harapan dan ketergantungan pada selain Allah.
·
Takut
terhadap siksaan Allah iaitu perasaan muslim yang sangat khawatir terlepas dari
minhaj Allah, karena menyakini bahawa ancaman dan siksaan Allah lebih dahsyat
dari ancaman manusia. Muslim lebih takut
terhadap siksa Allah daripada menerima kelezatan dunia.
·
Dengan
tiga sikap diatas, muslim dapat mencapai aqidah yang sehat, kukuh dan
kuat. Sanggup bertahan dalam berbagai
kondisi. Aqidah ini akan menumbuhkan
niat yang ikhlas dalam setiap aktiviti hidupnya.
Dalil :
·
Q.26:89,
qolbun salim adalah sarana yang paling bermanfaat ketika menghadap Allah di
hari pembalasan. Ia disebut juga qolbun
munib (hati yang senantiasa bertaubat), lihat 50:33.
·
Q.2:165,
8:2, lihat pembahasan cinta dalam bahan sebelumnya.
·
Q.39:38,
jika Allah sahaja segala kebaikan. 33:21
orang yang dapat meneladani Rasul adalah orang yang mengharap rahmat Allah.
·
Q.10:15,
6:15-16, pernyataan takut seorang muslim jika menyimpang dari minhaj Allah.
·
Q.33:39,
takut seorang muslim hanya kepada Allah sahaja menjadikannya berani
menyampaikan kebenaran.
·
Q.33:12,
sikap munafik sangat penakut dan penuh kecurigaan terhadap Allah dalam
peperangan, bandingkan dengan sikap mukmin dalam 33:22.
·
Q.39:1-14,
niat yang ikhlas disebabkan adanya cinta, harap dan takut hanya kepada Allah.
1.2. Aklu Dzakiy.
Sarahan :
·
Iaitu
akal yang mampu membedakan yang haq dengan yang batil, memahami kebaikan Islam
dan keburukan jahiliyah. Akal ini siap
menerima segala informasi yang diperlukan untuk berkhidmat kepada jalan Allah. Tidak tersurat di dalam otak muslim untuk
berkiblat kepada konsep bathil dan jahiliyah (di luar Islam). Dalam mencapai kondisi akal yang demikian,
maka muslim menempuh jalan tadabur Qur’an, tafakur alam dan mengingat kematian.
·
Tadabur
Al-Qur’an, iaitu mempelajari, mengkaji dan menghayati ayat-ayat Kitabullah
dengan maksud memahami dan melaksanakan minhajillah serta mengambil
sepuas-puasnya nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Dengan demikian ia mendapatkan panduan hidup
yang membimbingnya mencapai kebahagiaan.
·
Tafakur
alam iaitu mengamati, membahas dan menyelidiki Sunnatullah di alam semesta
dengan tujuan mengambil manfaat dengan menemukan berbagai sarana yang
diperlukan ummat Islam.
·
Mengingat
kematian iaitu selalu mengingatkan dirinya terhadap saat bertanggung-jawab di
hadapan Allah. Dengan demikian ia
senantiasa berupaya memanfaatkan seluruh masa hidupnya yang terbatas untuk
berkhidmat pada jalan Allah.
·
Dengan
tiga aktiviti di atas tanpa meninggalkan satupun daripadanya, muslim memiliki
fikrah dan ideologi yang penuh berkah.
Pada gilirannya ia akan mampu menemukan konsep yang benar (minhaj yang
shohih) dalam setiap gerak kehidupannya.
Dalil :
·
Hadits
Rasulullah SAW, “Dien itu aqal, tidak ada dien bagi yang tidak berakal”.
·
Q.39:18,
ulil albab (orang yang mempunyai fikiran siap menampung segala informasi dan
hanya menjadikan perkataan Allah (Al-Qur’an sebagai panduan hidupnya).
·
Hadits
sabda Rasulullah, “Hikmah itu milik orang yang mukmin dimana sahaja ia jumpai,
maka ia yang paling berhak atasnya”.
·
Q.38:29,
47:24, Al-Qur’an mesti ditadaburkan oleh setiap muslim agar menjadi ulil albab.
·
Q.29:49,
Kitabullah merupakan ayat-ayat yang nyata di dalam hati orang-orang yang diberi
ilmu pengetahuan.
·
Q.3:191,
ulil albab memikirkan kejadian dan fenomena alam semesta untuk mendapatkan manfaat
sebesar-besarnya bagi kemajuan Islam.
·
Q.41:53,
Allah memperlihatkan tanda-tanda kekuasaanNya untuk diamati oleh mereka yang
memiliki fikiran.
·
Hadits,
sabda Rasulullah, “Perbanyaklah oleh kamu mengingat pemutus segala kelezatan
(kematian)”.
·
Q.3:192-194,
ulil albab selalu membayangkan kematian di hadapan matanya sehingga ia
senantiasa berlindung dari siksa neraka dan azab Allah.
·
Q.5:48,
mukmin menjadikan kitabullah sebagai konsep hidupnya dengan tidak mengikuti
hawa nafsu dalam pelaksanaan kitabullah.
2. Amal Islami.
Sarahan :
Dengan adanya niat yang ikhlas
dari qolbun salim dan minhaj yang benar dari akal yang cerdas, muslim dapat
bekerja untuk Islam, iaitu aktiviti membangun dienullah dalam realiti kehidupan
manusia. Sesuai kondisi ummat Islam
dewasa ini, medan amal islami adalah :
Dalil :
·
Q.9:105,
perintah Allah agar beramal dengan mengikuti minhaj Allah. 18:110, dengan adanya ikhlas hendaknya
beramal soleh.
·
Q.63:10-11,
4:78, beramal soleh dan berinfak jangan ditunda-tunda.
·
Q.103:1-3,
semua manusia merugi kecuali yang beriman dan beramal soleh.
·
Hadits,
sabda Rasulullah, “Bersegeralah kepada amal dimana kalian tidak menunggu-nunggu
kecuali tujuh hal : 1. Kemiskinan yang
melalaikan, 2. Kekayaan yang menjadikan
melampaui batas, 3. Sakit yang
merusak, 4. Masa tua yang melumpuhkan
segala tenaga, 5. Kematian yang
menghabiskan segala-galanya, 6. Atau
dajjal yang paling buruk ditunggu-tunggu,
7. Hari kiamat dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit”.
2.1. Dakwah
dan Tarbiyah.
Sarahan :
Dakwah dan tarbiyah iaitu
mengajak manusia untuk memahami Islam serta mendidik mereka untuk mengamalkan
kehidupan yang Islami.
Dalil :
·
Q.41:33,
16:125, keutamaan dakwah (menyeru manusia) ke jalan Allah.
2.2. Harakah
dan Jihad.
Sarahan :
Iaitu mengajak mereka yang telah
di tarbiyah untuk berjuang dengan segenap kemampuannya menegakkan konsep Islam
dengan semangat Jihad.
Dalil :
·
Q.29:6,
manfaat jihad kembali kepada diri sendiri.
·
Q.47:31,
hidup mukmin harus berjihad dan bersabar.
·
Q.9:120,
setiap amal jihad ada balasannya disisi Allah.
Ringkasan
Dalil :
·
Syahadah merupakan
pernyataan Tauhidullah :
·
Allah sebagai tujuan hidup, Islam
sebagai manhaj hidup dan rasul merupakan qudwah di dalam kehidupan.
·
Syahadah
bersumberkan :
·
Hati yang bersih (26:87-89, 50:33), mengharapkan rahmat Allah
(10:58, 33:21, 18:110), takut pada siksaan Allah (3:192, 25:65, 76, 76:10),
pecinta Allah (2:165, 5:54), berasaskan aqidah yang salimah (sejahtera),
menghasilkan niat yang ikhlas.
·
Keseluruhannya melahirkan harakah dan
jihad, dakwah dan tarbiyah.
A-10. SIBGOH WAL INQILAB
Objektif
1. Memahami bahawa
syahadatain harus merubah diri sendiri baik dalam keyakinan, pemikiran,
perasaan maupun tingkah laku.
2. Mengerti rangkuman
menyeluruh dari syahadatain sebagai titik tolak program pembinaan.
3. Menyadari bahawa nilai
pribadi seorang muslim terletak pada syaksyiyah islamiyahnya.
Sinopsis
Syahadatain
yang terdiri dari syahadah laa ilaha illa Allah dan Muhammad Rasulullah mesti
diucapkan, diyakini dan diamalkan dengan baik.
Ucapan laa ilaha illa Allah menjadikan pengabdian hanya kepada Allah
sahaja. Sikap kita kepada syahadah
uluhiyah ini adalah ikhlas menerima dan mengamalkan. Sedangkan Muhammad Rasulullah dijadikan
sebagai contoh yang hasanah dan dijadikan sebagai ikutan kita.
Syahadatain
mesti didasari kepada mahabbah (cinta) yang kemudian menghasilkan redha kepada
setiap yang disuruhnya. Dari cinta dan
redha ini muncul iman yang kemudian akan mewarnai diri kita dan sekaligus
merubah diri kita dari segi iktiqodi, fikri, syu’uri dan suluki sehingga muncul
pribadi muslim yang mempunyai nilai.
Hasyiah
1. Syahadatain.
Sarahan :
Dua kalimah syahadah merupakan
keyakinan yang tertanam di lubuk hati setiap muslim. Tidak sekadar keluar dari mulut sahaja tetapi
menuntut bukti dalam amal perbuatan ia terdiri dari dua bahagian iaitu
pengakuan bahawa tiada ilah selain Allah dan pengakuan bahawa Muhammad
Rasulullah.
Dalil :
·
Q.4:123,
Iman bukan merupakan angan-angan tetapi menuntut perbuatan yang mencerminkan
nilai-nilai iman tersebut.
·
Q.61:2-3,
Allah membenci orang yang beriman hanya dengan mulutnya sahaja.
·
Q.17:109,
orang mukmin sejati memiliki interaksi yang kuat dengan kitabullah sehingga
mengamalkan Islam.
·
Q.3:113,
diantara ahli kitab yang sungguh-sungguh mukmin selalu membaca kitabullah,
beramar ma’ruf dan nahi munkar, serta bersegera dalam kebaikan.
1.1. Pengakuan bahawa tiada ilah selain Allah.
Sarahan :
Merupakan bahagian pertama
syahadatain yang maknanya tiada yang boleh, sesuai atau wajib disembah kecuali
hanya Allah. Penyembahan yang benar
terhadap Allah melahirkan sikap ikhlas.
Dalil :
·
Q.21:25,
pengertian laa ilaha illa Allah adalah tiada yang diabdi selain Allah, lihat
pula 2:22-23, 16:36, pengertian laa ilaha illa Allah menuntut adanya
penghambaan secara menyeluruh kepada Allah dan pengingkaran kepada Thagut.
1.2. Pengakuan bahawa Muhammad Rasulullah.
Sarahan :
Bahagian kedua dari syahadatain
adalah menerima secara ikhlas dan senang hati Muhammad SAW sebagai utusan
Allah. Dengan penerimaan ini muncul
kesediaan menjadikan Rasulullah sebagai uswah.
Dalil :
·
Q.33:21,
3:31, Rasulullah SAW adalah teladan sekaligus uswah dalam kehidupan muslim.
·
Q.4:80,
4:64, seorang Rasul diutus untuk ditaati, maka penyelewengan terhadap perintah
Rasul adalah kemunafikan. Lihat 24:63,
8:24, kewajiban mukmin memenuhi seruan Allah dan Rasul dan tidak mentaati Rasul
membuat tertutupnya hati.
2. Cinta.
Sarahan :
Merupakan dasar kesediaan seorang
mukmin dalam mengamalkan kandungan syahadatain.
Dalil :
·
Q.2:165,
8:2, cinta sebagai landasan penerimaan syahadatain. Lihat pula hasiyyah sebelum ini.
3. Redha.
Sarahan :
Merupakan
hasil logik cinta mukmin kepada Allah dan Rasul.
Dalil :
·
Q.76:32,
redha sebagai realisasi cinta, lihat pada hasiyah A-6.
4. Iman.
Sarahan :
Syahadat muslim merupakan
realisasi imannya kepada Allah.
Kelezatannya dapat dicapai dengan adanya cinta dan redha kepada Allah,
Rasul dan Islam.
Dalil :
·
Q.61:10-11,
syahadatain adalah realiti iman kepada Allah dan Rasul. 5:7, 2:285, perjanjian syahadat berhubungan
dengan keimanan kepada Allah, Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari akhir
dan Qadha qadar.
5. Sibgah.
Sarahan :
Dengan keimanan yang benar maka
perilaku dan kehidupan mukmin diwarnai oleh Allah. Fenomena nya adalah berubahnya seluruh
aktiviti hidupnya menjadi ibadah kepada Allah SWT.
Dalil :
·
Q.2:138,
sibgah merupakan keimanan kepada Allah yang sesungguhnya. Seluruh perilaku mukmin diwarnai oleh
syahadatain dan merupakan pengabdian kepada Allah.
6. Perubahan Menyeluruh.
Sarahan :
·
Syahadat
yang telah masuk ke dalam diri mukmin dan mewarnai hidupnya pasti melahirkan perubahan
yang menyeluruh yang mencakupi perubahan keyakinan, perubahan pemikiran,
perubahan perasaan dan perubahan tingkah laku.
·
Perubahan
keyakinan. Sebelum syahadatnya mungkin
dia berkeyakinan bahawa loyaliti dan ketaatan dapat diberikan kepada tanah air,
bangsa, masyarakat, seni, ilmu dan sebagainya, disamping mengabdi kepada
Allah. Tetapi setelah bersyahadat ia
melepaskan semua itu dan hanya menjadikan Allah sebagai satu-satunya yang
diabdi, ditaati dan diminta pertolongan.
·
Perubahan
pemikiran. Sebelum meyakini syahadatnya
mungkin ia berfikir boleh menerima syariat, aturan hidup dan perundang-undangan
bersumber kepada adat istiadat datuk atau nenek moyang, pemikiran jahiliyah
dari ilmuwan dan filosof, hawa nafsu penguasa dan sebagainya. Setelah memahami akibat dari syahadatain maka
ia hanya mengikuti pola fikir Islam yang bersumber dari Allah dan RasulNya,
kemudian hasil ijtihad orang-orang mukmin yang sesuai dengan bimbingan Allah
dan Rasul.
·
Perubahan
perasaan. Sebelum memahami syahadatain
ini mungkin perasaannya yang berupa cinta, takut, benci, marah, sedih atau
senang ditentukan oleh situasi dan kondisi yang menimpa dirinya atau keadaan di
sekelilingnya. Misalnya ia senang dengan
mendapatkan keuntungan dari hasil usahanya, mendapat baju yang paling trendy,
mendapat profesi yang menguntungkan.
Sedih karena hilangnya kekayaan, merasa hina karena kemiskinan dan
sebagainya. Maka setelah menghayati
makna syahadatain tiada yang menyenangkan dan menyedihkan melainkan semua
terkait dengan kepentingan Allah dan RasulNya.
Maka ia sedih bila ada yang masuk kedalam kekufuran, sedih bila ada
muslim yang disakiti, sedih memikirkan nasib kaum muslimin sebagai ummat
Muhammad. Kemudian dia merasa senang
dengan kemajuan dakwah, kebangkitan ummat dan sebagainya.
·
Perubahan
tingkah laku. Sebelum mengerti kandungan
syahadatain mungkin tingkah laku seseorang mengikuti hawa nafsunya, menuruti
bagaimana kondisi lingkungan.
Berpakaian, bersikap, bergaul, mengisi waktu dengan kebiasaan-kebiasaan
jahiliyah yang tidak ada tuntunannya dari Islam. Tetapi setelah mengerti syahadatain ini ia
berubah. Tingkah lakunya mencerminkan
akhlak Islam, pergaulannya mengikuti syariah, waktunya diisi dengan hal-hal
yang bermanfaat samada bagi dirinya maupun orang lain.
Dalil :
·
Perubahan
menyeluruh terjadi pada pribadi Ummar bin Khattab RA, Mus’ab bin Umair, Saad
bin Abi Waqqash dan para sahabat lainnya, ini merupakan bukti bahawa
syahadatain membawa perubahan pada diri yang mengucapkannya.
·
Contoh
ini terjadi pada tingkah laku Mus’ab bin Umair yang sebelum Islam merupakan
seseorang pemuda yang sangat dikenal ketampanannya di kota Mekkah. Setelah Islam ia menjadi mujahid dakwah,
ketika wafatnya ia hanya punya sehelai kain burdah untuk menutupi jasadnya yang
syahid. Bila kepalanya ditutup kakinya
terbuka dan bila kakinya ditutup maka kepalanya terbuka.
7. Kepribadian Yang Islami.
Sarahan :
Dengan adanya perubahan pada
empat hal diatas maka muslim memiliki kepribadian yang Islami. Pribadi ini mendasarkan keyakinan, bentuk
berfikir, emosi, sikap, pandangan, tingkah laku, pergaulan dan masalah apa
sahaja dengan dasar Islam.
Dalil :
·
Q.68:4,
akhlak pribadi yang Islami terdapat pada diri Rasulullah.
·
Hadits,
akhlak Rasul adalah akhlak Al-Qur’an.
8. Bernilai (disisi Allah).
Sarahan :
Tatkala seorang muslim telah
memiliki kepribadian Islami dengan utuh, maka ia akan memiliki nilai disisi
Allah. Pribadi-pribadi ini dalam jumlah
yang banyak bergabung menjadi ummat.
Bila ummat Islam telah memiliki banyak pribadi seperti ini ia akan
diperhitungkan oleh lawan-lawannya.
Ummat seperti ini mampu membawa amanat menegakkan khilafah Islamiyah.
Dalil :
·
Q.24:55,
janji Allah akan tegaknya khilafah.
·
Q.33:72,
amanah memikul dien dibebankan pada manusia tetapi hanya manusia yang pandai
dan tidak zalim dapat menerimanya.
Ringkasan
Dalil :
Syahadatain :
·
Laa
ilaha illa Allah artinya “Tiada yang diabdikan selain Allah”, intinya ikhlas.
·
Muhammadurasulullah
artinya “Menjadikan Rasulullah sebagai suri teladan”, intinya ittiba’
(mengikuti).
·
Wajib
cinta (mahabbah) redha, iman, membentuk sibghoh (2:138), menimbulkan perubahan
total (2:207-208) : dalam keyakinan
(6:19), dalam cara berfikir (50:37, 67:10), dalam perasaan/selera (24:26,
5:100), dalam tingkah laku (25:63).
·
Seluruhnya
itu membentuk kepribadian Islam (3:64), yang bernilai disisi Allah (5:27,
49:13).
No comments:
Post a Comment